Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Price Catcher 2

Berbelanja Bijak Dengan Bandingkan Harga Barangan Di Aplikasi Price Catcher

Diterbitkan Januari 27, 2021 · Dikemas kini Januari 27, 2021 oleh ariff bukhari

Sebagai pengguna pastinya kita mahukan membeli sesuatu barang pada harga terbaik dan berbaloi dibeli. Tambahan pula di waktu mendesak sejak pandemik COVID-19 yang berlaku ketika ini.

Untuk memudahkan anda membandingkan sesuatu barangan sebelum membelinya, anda boleh menggunakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Aplikasi Mudah Alih yang dikenali sebagai Price Catcher dari KPDNHEP memaparkan maklumat harga untuk lebih daripada 400 jenis barangan keperluan pengguna yang dikutip oleh lebih dari seribu Pegawai Pemantau Harga (PPH) KPDNHEP di seluruh negara secara harian mingguan dan bulanan.

Price Catcher

Aplikasi ini sekaligus dapat membantu pengguna merancang perbelanjaan dan menjimatkan masa serta kos untuk membuat perbandingan harga antara premis yang berlainan di sesuatu kawasan.

Antara ciri-ciri utama aplikasi ini adalah seperti carian mengikut kategori, lokasi atau perkataan, perbandingan harga berdasarkan item atau bakul barangan, fungsi pandu arah ke premis pilihan menggunakan aplikasi Waze atau Google Map, berkongsi maklumat carian harga melalui media sosial dan hebahan (pop up banner) mengenai perubahan harga minyak atau maklumat kepenggunaan yang lain.

Aplikasi Price Catcher boleh dimuat turun secara percuma dari peranti Android menerusi Play Store dan peranti iPhone atau iPad menerusi App Store.

Atau anda juga boleh melayari laman sesawang Price Catcher untuk melihat maklumat harga lebih 400 barangan keperluan mengikut negera dan kawasan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
©2026 WISER.MY