Hubble merupakan sebuah satelit teleskop optikal angkasa yang bersaiz 13.2 meter panjang dan 4.2 meter lebar serta seberat 10,886kg ketika dilancarkan.
Sumber utama tenaganya adalah dari cahaya matahari yang diambil menerusi 2 panel solar bersaiz 25 kaki dengan mampu menjana tenaga sehingga 5,500 watts.
Hubble mampu merakam gambar sehingga 10 kali ganda lebih jelas berbanding teleskop yang terdapat di balai cerap bumi.
Ahli astronomi menggunakan Hubble untuk melihat bintang dan galaksi serta planet-planet yang jauh dari lingkaran sistem solar.
Sehingga kini, Hubble telah melaksanakan lebih daripada 1.4 juta pemerhatian. Imej yang telah dicerap oleh Hubble membantu para saintis menganggarkan usia alam semesta yang dianggarkan hampir 14 bilion tahun.
Antara misi utama Hubble adalah membongkar sejarah dan misteri evolusi alam semesta, sebagai fasiliti jangka panjang untuk astronomi optikal dan mengkaji proses semula jadi alam semesta.
Teleskop angkasa Hubble telah dilancarkan oleh NASA dengan kerjasama Agensi Angkasa Eropah (ESA) pada 24 April 1990 ke orbit rendah bumi (LEO - Low Earth Orbit) pada ketinggian 547 km dari permukaan bumi dengan menggunakan Space Shuttle Discovery (STS-31).
Pada 24 Aprill 2020 yang lalu, genaplah 30 tahun Hubble beroperasi di ruang angkasa dan teleskop angkasa ini dijangka mampu beroperasi sehingga tahun 2040.
Bagi meneruskan kesinambungan Hubble, NASA akan melancarkan James Webb Space Telescope pada tahun 2021 nanti.
Sumber: Hubble Site, MYSA
P/s: Teleskop Angkasa Hubble bukan mengembara ke planet atau bintang galaksi lain bagi merakam gambar. Sebaliknya ia merakam gambar angkasa lepas ketika mengorbit bumi pada kelajuan 17,000mph (27,358.85kmph).
Berkaitan
- Imej Satelit Dedah China Dilapor Besarkan Fasiliti Ujian Nuklear Di Wilayah Uyghur
- Satelit Komersil Yang Boleh Diprogram Semula Pertama Di Dunia Ini Sedia Untuk Dilancarkan
- NASA Berjaya Hubungi Kapal Angkasa Yang Terletak 11.6 Bilion Batu Dari Bumi
- Google Buang 2 Aplikasi Popular Ini Dari Play Store Tanpa Sebab Munasabah
- NASA Sahkan Penemuan Planet 'Super-Earth' Baharu "Hampir" Dengan Bumi
- Misteri Bumbung Rumah Dihentam Objek Angkasa Lepas Terjawab, NASA Bertanggungjawab
- Satelit Pantau Aktiviti Penerokaan Tanah Cameron Highlands
- Satelit Ke-10 Negara Berjaya Dilancarkan, Kelajuan Internet Dijangka Akan Bertambah Kepada 100Mbps
- Jalur Frekuensi Peranti Satelit Mudah Alih Ini Akan Dibatalkan Pada Tahun Hadapan
- Satelit Prototaip Berjaya Sampaikan Kelajuan Muat Turun 10Mbps Pada Peranti Di Kawasan Tanpa Liputan