Beli Telefon Pintar Vivo, Anda Berpeluang Nikmati Percutian 6 Hari Di Luar Negara

Menjelang musim perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi, Vivo Malaysia tempoh hari telah mengumumkan pertandingan pertandingan "Travel Around The World With Vivo".

Hadiah utama yang ditawarkan cukup menarik dimana pemenang bakal menikmati percutian 6 hari 5 malam ke mana-mana destinasi pilihan antara Jepun, Korea, China, Turki, India, Mekah, Croatia, Greece, Mesir, Perancis, Jerman, Australia atau Itali.



Peluang ini boleh direbut melalui pembelian telefon pintar Vivo dari mana-mana kedai konsep Vivo. Setelah pembelian dibuat, pembeli perlulah menghantar nombor IMEI peranti ke laman WeChat rasmi Vivo Malaysia.

Seorang pemenang bertuah akan dipilih dan akan menerima hadiah utama berupa dua tiket pakej percutian ke salah satu destinasi pilihan diatas. Lain-lain ganjaran yang ditawarkan adalah wang tunai serta hadiah yang bernilai sehingga RM40,000 termasuk pemenang tempat pertama akan menerima RM1,888.

Pertandingan ini berjalan dari 25 Mei 2019 dan tamat pada 9 Jun 2019. Anda yang membeli peranti Vivo di pengedar sah Vivo Malaysia akan diberikan kod QR untuk diimbas dan perlu menghantar IMEI peranti baru itu ke laman WeChat rasmi Vivo Malaysia.

Pembelian boleh dibuat secara dalam talian  di Vivo Store atau di pengedar sah Vivo terdekat dengan anda, semak disini Vivo.