Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Beli Minyak Enjin Di Lazada Menerusi Gedung Rasmi Dalam Talian Shell

Beli Minyak Enjin Di Lazada Menerusi Gedung Rasmi Dalam Talian Shell

Diterbitkan Ogos 3, 2017 ยท Dikemas kini Ogos 4, 2017 oleh Helmi Samsuri

Memetik berita dari myMetro, SHELL Malaysia Trading Sdn Bhd telah memperkenalkan gedung rasmi dalam talian di laman e-dagang, Lazada.

Acara perasmian itu telah dihadiri oleh Pengarah Eksekutif Shell Lubricants, Asia Tenggara dan Ocenia, Troy Chapman yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Gedung rasmi dalam talian SHELL ini menyediakan pelbagai pilihan minyak enjin untuk kenderaan. Disamping itu, turut disediakan adalah pakej servis minyak enjin yang boleh disahkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS). Pengguna boleh…

  • mengatur tempat servis
  • tarikh,
  • slot masa pilihan,

Beli Minyak Enjin Di Lazada Menerusi Gedung Rasmi Dalam Talian Shell

…dan ia merupakan yang pertama di rantau ini. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan e-baucar bernilai RM 30 bagi pembelian seterusnya daripada Lazada, yang akan bermula hari ini, 3 Ogos 2017 sehingga 10 Ogos 2017 depan.

Dengan pengenalan gedung dalam talian di Lazada ini, ia merupakan langkah syarikat minyak itu dalam memudahkan pengguna membeli minyak enjin disamping mendapatkan pakej penukaran minyak enjin dibengkel yang terpilih.

Klik untuk ke>>Gedung Rasmi Dalam Talian SHELL

Sumber: myMetro, Gedung rasmi dalam talian SHELL

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
©2026 WISER.MY