Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
trafik jammed kereta

Bekas Menteri Nafi Laporan Kenderaan Lagi Banyak Daripada Manusia

Posted on Jun 13, 2022Jun 13, 2022

Minggu lalu, rakyat Malaysia diberitahu bahawa bilangan kenderaan di Malaysia melebihi jumlah keseluruhan manusia di Malaysia lantas menjadi punca kesesakan seluruh negara.

Tahun lalu, 33.3 juta unit kenderaan telah didaftarkan melangkaui 32.6 juta jumlah populasi penduduk.

Terbaru, bekas menteri pengangkutan Tan Sri Dato’ Sri Liow Tiong Lai meluahkan keraguannya dengan laporan tersebut dan yakin jumlah kenderaan di sini masih tidak melebihi bilangan penduduk.

“Tajuk (laporan media) sangat mengelirukan. Tidak mungkin jumlah kenderaan melebihi jumlah penduduk Malaysia,” kata beliau kepada FMT.

Untuk data yang lebih tepat, beliau mencadangkan untuk JPJ menggunakan rekod pembaharuan cukai jalan (road tax renewal) untuk mengesahkan bilangan kenderaan waktu ini.

Abd Ghafar Yusof, bekas ketua pengarah JPJ pula mengakui ia merupakan satu amalan biasa untuk mendapatkan statistik daripada data yang diwarisi sejak zaman British iaitu pramerdeka bagi menunjukkan jumlah kenderaan di Malaysia.

“Amalan menggunakan angka besar, termasuk yang dikumpulkan sejak zaman British, diterapkan sehingga hari saya bersara. Saya tak faham kenapa ia masih digunakan hari ini,” terang beliau lagi.

Abd Ghafar juga berkata beliau sudah banyak kali meminta Kementerian Pengangkutan untuk menggunakan pangkalan data pembaharuan cukai jalan terkini bersama jumlah kemalangan jalan raya dan kematian yang dilaporkan sebagai salah satu indeks keselamatan jalan raya di negara ini.

Permintaan itu sehingga kini tidak direalisasikan.

Jadi, apakah benar bilangan kenderaan sudah menjangkaui populasi manusia di Malaysia jika data diurus dan ditapis dengan tepat?

Sumber: FMT

Baca juga:

  • Tesla Dilapor Sudah Berdaftar Di Thailand Tapi Bukan Hanya Jual Kereta
  • Kenderaan Yang Masuk KL Mungkin Dikenakan ‘Caj Kesesakan’ Apabila MRT3 Siap
  • Ini Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Pasang Touch ‘n Go RFID Pada Kereta

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress