Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
thailand flag

Tesla Dilapor Sudah Berdaftar Di Thailand Tapi Bukan Hanya Jual Kereta

Diterbitkan Jun 1, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Tesla dilaporkan sudah mendaftarkan produknya dengan badan penguat kuasa Thailand, memberi bayangan kereta elektrik dari jenama ini akan dijual secara rasmi di sana kelak.

Menariknya, Tesla dilihat tidak hanya membataskan kereta mereka saja tetapi juga akan memasarkan produk lain seperti trak pikap, bateri, produk solar, sistem penyimpanan tenaga dan lain-lain.

Antara nama diletakkan dalam dokumen yang tertiris tersebut ialah David Jon Feinstein, pengarah senior untuk pasaran global Tesla.

Tahun lalu, beliau dilantik sebagai pengarah Tesla India namun sehingga kini Tesla belum secara rasmi masuk ke pasaran sana kerana masih ada perkara belum diselesaikan dengan kerajaan India.

@Tesla is coming to Thailand (reg. on 4/25)! In the filing, the first name is David Jon Feinstein, Global Senior Director, Trade Market Access, at Tesla that was appointed to Director of Tesla India in January 2021. Thank you, @elonmusk ❤️. Can we also have a giga factory? pic.twitter.com/wUykL5YMyd

— Ekapob⚔️ (@ekapobX) May 24, 2022

Dalam perkembangan lain, Indonesia juga dikatakan sudah mencapai persetujuan dengan syarikat Elon Musk ini untuk penghasilan komponen kereta elektrik mereka.

Kemasukan produk-produk Tesla ini ke Thailand dilihat selari dengan azam kerajaannya untuk menggalakkan penggunaan kereta elektrik dengan pengurangan cukai dan penambahan stesen pengecas di Bangkok.

Baca juga:

  • Pulau Pinang Mula Uji Rangkaian 5G Di Tiga Kawasan
  • Pelajar Terengganu Cipta i-ProD, Teknologi Untuk Jemur Keropok Keping
  • Tak Perlu Tesla, Ini 10 Syarikat Antarabangsa Lain Yang Melabur Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY