Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bekas Eksekutif Mozilla Mendakwa Google Sudah Lama Mensabotaj Aplikasi Pelayar Firefox

Bekas Eksekutif Mozilla Mendakwa Google Sudah Lama Mensabotaj Aplikasi Pelayar Firefox

Diterbitkan April 16, 2019 · Dikemas kini April 16, 2019 oleh ariff bukhari

Sabotaj tersebut bertujuan bagi meningkatkan pengguna aplikasi Google Chrome.

Seorang bekas Pengurus Besar dan Timbalan Presiden Mozilla bernama Jonathan Mightgale mendakwa, Google dengan sengaja telah mensabotaj aplikasi pelayar Firefox selama ini.

Menurut beliau, sejak kemunculan Chrome pada tahun 2008, servis-servis yang ditawarkan Google seperti Gmail dan Google Docs mula menghadapi masalah prestasi apabila ia digunakan pada pelayar Firefox.

Pihak Mozilla telah berhubung dengan pembangun Google Chrome berkaitan isu-isu tersebut.

Jawapan yang diberikan oleh pihak Google pula hanyalah “oopss, ia tidak disengajakan”.

Selepas beratus kali isu yang sama berlaku, alasan yang sama juga diberikan oleh pihak Google.

Beliau juga mendakwa, setiap kali servis Google tidak berfungsi di Firefox, mereka telah kehilangan ramai pengguna pelayar Firefox.

Sebelum ini pada tahun lepas, seorang Pengurus Program Mozilla, Chris Peterson telah menuduh Google secara sengaja memperlahankan prestasi laman video YouTube di Firefox.

Beliau menuduh Google sengaja beralih kepada JavaScript library untuk YouTube yang mana pihak Google memang sedia tahu bahawa ia tidak disokong oleh pelayar Firefox.

Sumber: ZDNet

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY