Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
marissa-mayer (2)

Bekas CEO Yahoo Kembali Gunakan Gmail

Diterbitkan Jun 17, 2017 oleh Helmi Samsuri

Yahoo dan Google merupakan nama besar di dalam dunia internet.

Dua syarikat gergasi berkenaan bersaing dalam pelbagai platform, antaranya adalah

  • Layanan e-mel
  • Mesin carian

Dalam banyak-banyak persamaan antara dua syarikat tersebut terdapat satu perkara yang tidak ramai tahu.

Anda kenal dengan Marissa Mayer?

Beliau merupakan CEO Yahoo tetapi telah meletakkan jawatan beberapa hari yang lepas.

marissa-mayer (2) Bekas CEO Yahoo Kembali Gunakan Gmail

Dipercayai peletakkan jawatan itu adalah disebabkan pengambil alihan Yahoo oleh Verizon Communications, sebuah syarikat operator tanpa wayar terulung dari Amerika Syarikat.

Tapi…. tahukah anda sebelum dilantik menjadi CEO di Yahoo, Marissa Mayer merupakan orang penting di dalam Google.

Beliau merupakan watak penting dalam menghasilkan produk-produk Google seperti;

  • Google Search
  • Google Images
  • Google Maps
  • Google News
  • Gmail

Hebat bukan?

Selepas mengundurkan diri daripada Yahoo, Marissa Mayer dikatakan telah menyatakan keinginannya untuk menggunakan semula akaun Gmail yang telah ditinggalkan sejak menjadi CEO Yahoo.

“Saya berharap untuk menggunakan Gmail semula. Saya lebih pantas menggunakan alat yang saya reka sendiri“ujar Marissa Mayer di sebuah persidangan baru baru ini.

Bekas CEO Yahoo Kembali Gunakan Gmail

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
©2026 WISER.MY