Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
beam eskuter malaysia

Beam: E-Skuter Buat Pengguna Lebih Cenderung Gunakan Pengangkutan Awam

Diterbitkan Julai 15, 2022 · Dikemas kini Julai 15, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Beam Mobility melancarkan kempen Drive Something New Today sebagai salah satu usaha mempromosi pengangkutan alternatif dalam kalangan rakyat Malaysia.

Jelas Beam, misi mereka adalah untuk menaik taraf kaedah perjalanan singkat serta melancarkan pergerakan dalam kawasan bandar.

E-skuter ditawarkan mereka dapat menghubungkan orang kepada titik–titik transit, destinasi–destinasi popular, serta kawasan tumpuan dengan lancar dan mudah.

e-skuter beam slides (1)

Jelas mereka, Beam membolehkan pengguna mengurangkan emisi karbon dioksida sebanyak 2.65kg setiap 10km.

Menurut Beam, 50% daripada 1,800 orang penunggang yang ditinjau menyatakan bahawa akses ke atas e–skuter bagi perjalanan singkat menjadikan mereka lebih cenderung untuk menggunakan pengangkutan awam sebagai pilihan bagi perjalanan panjang berbanding penggunaan kereta atau perkhidmatan tempahan kereta.

e-skuter beam slides (4)

77% daripada penunggang yang biasa menggunakan perkhidmatan ini menyatakan bahawa mereka sentiasa, lazimnya, atau kadang kala menggunakan e–skuter sebagai medium dari dan ke titik pengangkutan awam.

Untuk faktor keselamatan, e-skuter Beam dihadkan kelajuannya pada 25km/j.

Selain itu, ia juga didatangkan dengan teknologi geobatas untuk memastikan penunggang berada di dalam sempadan yang diluluskan oleh pihak berkuasa.

e-skuter beam slides (2)

“Jika sesuatu tempat yang ingin dituju terlalu jauh untuk pejalan kaki namun terlalu singkat jika kereta digunakan, maka e–skuter kami boleh dimanfaatkan sebagai solusi kepada dilema ini,” kata Taty Azman, Ketua Hal Ehwal Awam di Beam Mobility Malaysia.

Penggunaan e-skuter juga berpotensi menyumbang pada kerancakan kegiatan ekonomi tempatan dan pelancongan.

e-skuter beam slides (3)

Program Beam Booster mengetengahkan perniagaan–perniagaan tempatan menerusi teknologi parkir virtual proprietari Beam, menggalakkan pengguna Beam untuk membuat hentian atau menamatkan perjalanan mereka di hadapan rakan peniaga Beam, lantas bantu mempromosikan serta menjana pendapatan perniagaan mereka.

Sumber: Siaran Akhbar Beam

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY