Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Banyak Idea Ubah Suai Rumah Tapi Tak Reti Lukis? Cuba Guna 4 Aplikasi Ini Untuk Bantu Anda Terjemahkan Idea Ubah Suai Rumah

Banyak Idea Ubah Suai Rumah Tapi Tak Reti Lukis? Cuba Guna 4 Aplikasi Ini Untuk Bantu Anda Terjemahkan Idea Ubah Suai Rumah

Diterbitkan September 30, 2018 ยท Dikemas kini September 30, 2018 oleh Helmi Samsuri

Anda bercadang untuk mengubah suai rekaan dalaman rumah tetapi tidak pandai melukis?

Mahu cat rumah tapi tak tahu warna apa yang sesuai?

Tidak mengapa kerana 4 aplikasi ubah suai dan reka bentuk rumah ini mampu menterjemahkan idea-idea menarik anda ke dalam bentuk visual.

1. Houzz Interior Design Ideas (Android, iOS)

4 Aplikasi Ubah Suai Dan Reka Bentuk Rumah Idaman Anda

Dianugerahkan sebagai “Aplikasi Terbaik 2016” oleh Google, Houzz merupakan cara baru anda merancang reka bentuk dan susun atur perabot di dalam rumah.

Mempunyai pelbagai pilihan gaya susun atur yang boleh anda lihat, antaranya…

  • Gaya Mediterranean
  • Gaya Victorian

… anda juga boleh mendapat khidmat nasihat menerusi komuniti Houzz.

2. Floorplanner (Android, iOS)

4 Aplikasi Ubah Suai Dan Reka Bentuk Rumah Idaman Anda

Rancang ubah suai rumah anda menggunakan visual 2D dan 3D dan akses kepada lebih 15 juta contoh pelan melalui aplikasi Floorplanner.

3. MagicPlan (Android, iOS)

4 Aplikasi Ubah Suai Dan Reka Bentuk Rumah Idaman Anda

Ambil gambar ruang rumah sedia ada dan berimaginasilah menggunakan MagicPlan. Dari situ, aplikasi menghasilkan pelan 2D dan dieksport kepada fail berformat…

  • PDF
  • JPG
  • DXF
  • HTML atau
  • CSV.

Aplikasi itu boleh dimuat turun secara percuma tetapi beberapa fungsi menarik perlu dibeli dalam aplikasi.

4. Dulux Visualizer (Android, iOS)

4 Aplikasi Ubah Suai Dan Reka Bentuk Rumah Idaman Anda

Anda tidak pasti warna apa yang sesuai dengan dinding di ruang tamu? Tangkap gambar, pilih warna dan mula “mengecat” rumah sambil baring. Ia membantu anda untuk membayangkan warna apa yang sesuai tanpa perlu pening kepala disebabkan tersalah memilih warna.

Diharap 4 aplikasi diatas sedikit sebanyak dapat membantu untuk mendapatkan hasil terbaik dalam menghiasi rumah idaman anda.

Untuk muat turun sila klik (Android/iOS) di sebelah nama aplikasi tersebut. Kongsikan pada keluarga dan teman-teman yang nak ubah suai rumah untuk permudahkan urusan mereka.

Kredit foto utama: CitizenEffect.org

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY