Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bank Islam: Pembayaran Balik Bagi Transaksi Kad Debit Terjejas Akan Dilakukan Hari Bekerja Berikutnya

Bank Islam: Pembayaran Balik Bagi Transaksi Kad Debit Terjejas Akan Dilakukan Hari Bekerja Berikutnya

Diterbitkan November 5, 2022 ยท Dikemas kini November 5, 2022 oleh Amalina Athman

Kemas kini 6.14 petang, 5/11/2022: Bank Islam dalam kemas kini terbaru menyatakan perkhidmatan transaksi Kad Debit telah beroperasi seperti biasa.

Sebarang pembayaran balik bagi transaksi yang terjejas akan dilakukan sebelum jam 6 petang, Ahad, 6 November 2022.

Artikel asal: Bank Islam kini memaklumkan pihaknya sedang mengalami gangguan transaksi bagi penggunaan Kad Debit.

Bank Islam menyatakan sebarang pembayaran balik bagi transaksi yang terjejas daripada gangguan transaksi Kad Debit akan dilaksanakan pada hari bekerja berikutnya.

Bank Islam: Pembayaran Balik Bagi Transaksi Kad Debit Terjejas Akan Dilakukan Hari Bekerja Berikutnya

Menjengah ke ruangan komen di Facebook dan juga Twitter, rata-rata pengguna memaklumkan bahawa mereka telah dikenakan cas pembayaran sehingga dua ke tiga kali bagi transaksi yang sama.

bank islam1

@pidutMFZ Sebarang pembayaran balik bagi transaksi yang terjejas akan dilakukan pada hari bekerja berikutnya. Kami memohon maaf di atas kesulitan yang dialami.

— Bank Islam (@myBankIslam) November 5, 2022

Buat masa ini, tidak dapat dipastikan bila isu ini akan dibaik pulih. Oleh itu, pengguna disarankan untuk menggunakan alternatif lain bagi membuat pembayaran, buat sementara waktu.

Gambar utama: Utusan

Sumber: Bank Islam

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY