Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
akaun bank

Bank Di Malaysia Dilapor Diarah Ketatkan Syarat Untuk Buka Akaun Baharu

Diterbitkan Ogos 12, 2024 oleh Amsyar Latif

Rakyat Malaysia selepas ini mungkin lebih sukar untuk membuka akaun bank. Hal ini demikian kerana bank bakal mengetatkan syarat bagi pembukaan akaun baharu.

Perkara ini dilaporkan FMT di mana sumber perbankan mengatakan kepada FMT yang mana bank diarah untuk memastikan pemohon baharu mempunyai dokumen sumber pendapatan mereka atau surat dari majikan.

Sekiranya gagal berbuat demikian, permohonan mereka akan ditolak biarpun mereka ingin mendepositkan sejumlah besar wang.

Jika dahulu, hanya MyKad dan deposit minimum sahaja untuk pembukaan akaun bank.

Tambah sumber yang memberitahu FMT, bank bakal memberikan perhatian khusus kepada pelajar, suri rumah dan warga emas yang ingin membuka akaun.

Ia disebabkan golongan tersebut sering (sama ada secara sedar atau tidak) terlibat dalam sindiket penipuan yang biasanya akaun mereka akan dijadikan akaun untuk menerima wang hasil penipuan.

Taktik sebegini sememangnya sudah wujud dari dahulu lagi. Ia boleh digelar sebagai keldai akaun di mana scammer akan ‘park’ duit yang dicuri ke akaun tersebut.

“Terdapat juga yang dibayar untuk membuka akaun tetapi tidak sedar bahawa akaun tersebut digunakan untuk menipu orang lain,” katanya kepada FMT.

Tambahan lagi, ada juga ramai pelajar disenarai hitamkan Bank Negara selepas didapati membuka akaun keldai yang digunakan oleh scammer.

Disebabkan itu, mereka menghadapi masalah dalam mendapatkan pinjaman pelajaran daripada PTPTN dan institusi kewangan lain.

Berdasarkan data terdahulu, sebanyak 1,669 ‘akaun keldai’ direkodkan sehingga 10 Mei 2022.

Berkaitan

  • Bank-Bank Di Singapura Akan Hapuskan OTP Dalam 3 Bulan
  • YTL-Sea Sasar Lancar Bank Digital Hujung Tahun Ini
  • Bank Di Australia Akan Dipaksa Bayar Ganti Rugi Kepada Mangsa Scam
  • GXBank Kini Capai 750,000 Pelanggan
  • Maybank Halang Akses Aplikasi MAE Jika Kesan Perisian Hasad

Sumber: FMT

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY