Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GXBank Launch – GX Card

GXBank Kini Capai 750,000 Pelanggan

Diterbitkan Ogos 2, 2024 oleh Amsyar Latif

Sejak diperkenalkan tahun lalu, GXBank menerima sokongan lebih daripada 100,000 pengguna dalam dua minggu pertama ia dilancarkan. Kini, ia mencapai 750,000 pelanggan sejak akhir Julai 2024.

Tambahan lagi, 800,000 Saku Simpanan telah dibuat dan lebih 13 juta transaksi secara kolektif melalui kad GX dan imbasan QR.

Pertumbuhan tersebut memperlihatkan pilihan rakyat Malaysia terhadap digitalisasi perkhidmatan perbankan dan kepercayaan mereka terhadap bank digital.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan inisiatif GX Untuk Semua.

Inisiatif tersebut bertujuan memberi tumpuan kepada memupuk bakat teknologi tempatan, membangunkan kecekapan teras dan amalan industri terbaik, serta penyelesaian inovatif.

Ia juga akan menggalakkan keusahawanan dan menyediakan teknologi untuk diterokai bagi keperluan kewangan digital masa depan.

Antara kepakaran dan penyelesaian yang disasarkan oleh hab ini adalahpenyelesaian berasaskan AI untuk pengurusan risiko dan penipuan, serta penyelesaian pinjaman peribadi dan MSME.

Berkaitan

  • Beli Barang Elektronik Lebih Berbaloi Di Platform Ini
  • Telefon 5G Ini Paling Rahmah, Ada Storan Besar, AI Dan Fon Susah Pecah

Sumber: Siaran Media GXBank

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY