Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bajet 2023: BKM Diteruskan Pada Tahun Depan, Bantuan Sehingga RM2,500

Bajet 2023: BKM Diteruskan Pada Tahun Depan, Bantuan Sehingga RM2,500

Diterbitkan Oktober 7, 2022 oleh Amalina Athman

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz melalui Bajet 2023 hari ini mengumumkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan diteruskan pada tahun hadapan.

Melalui pengumuman itu, ianya terbahagi kepada beberapa kategori. Antaranya termasuk isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dan menanggung 5 orang anak atau lebih layak menerima bantuan BKM sebanyak RM2,500.

Untuk lain-lain kategori BKM bagi isi rumah adalah bergantung kepada pendapatan dan bilangan anak, dengan bantuan sehingga RM2,000.

Sementara itu, kategori warga emas tiada pasangan dan bujang pula masing-masing akan menerima bantuan BKM sebanyak RM600 dan RM350, bergantung kepada had pendapatan tertentu.

Bantuan tambahan kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak akan turut dinaikkan kepada maksimum RM3,000 berbanding RM2,500 pada 2022.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY