Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screen Shot 2019-03-25 at 12.36.57 PM

Bagaimana Untuk Saksikan Pelancaran Huawei P30 Secara LIVE- Dan Beberapa Info Yang Boleh Dipercayai

Diterbitkan Mac 25, 2019 · Dikemas kini Mac 25, 2019 oleh Haikel Areff

Kemunculan siri P dari Huawei sememangnya menjadi perhatian buat anda yang mengikuti perkembangan telefon pintar. Peranti kali ini bakal mempersembahkan satu lagi revolusi kamera di telefon pintar dengan khabar angin mengatakan ia akan memiliki keupayaan zoom optikal yang sangat dasyat.

Kami juga meramalkan peranti ini bakal menggunakan susunan periskop untuk memberikan ruang lebih untuk saiz yang lebih besar. Jika ini benar, maka kamera telefotonya juga sudah semestinya disokong dengan penstabilan imej optikal (OIS).

Bertemakan #REWRITETHERULES anda boleh melihat siaran a=langsung pelancaran Huawei P30 di Paris disini pada 27hb (rabu) pukul 4 am.

https://www.youtube.com/watch?v=2xMa3UZbRUU&feature=youtu.be

Screen Shot 2019-03-25 at 12.05.14 PM

Ura-ura mengatakan

Kami diberi kesempatan untuk melihat sendiri telefon ini melalui jemputan rahsia dari Huawei Malaysia minggu lepas. Cuma kami tidak dibenarkan untuk mengambil gambar peranti tersebut atas alasan ketirisan.

Apa yang pasti, model Huawei P30 memiliki keupayaan 30X zoom dengan tetapan 3 kamera, kamera utama bersama telefoto dan sensor sudut luas. Pihak Huawei memberitahu mereka menggunakan teknologi baru untuk menambahbaik keupayaan pada waktu kurang cahaya dengan sokongan penstabilan imej hibrid OIS dan AIS.

Untuk Huawei P30 Pro pula, ia dilengkapi dengan 4 kamera utama dengan zoom hibrid sehingga 50x,  jangkaan panjang fokal 135mm. Ia bakal ditambah dengan satu lagi sensor TOF (time-of-flight) untuk mengambil data kedalaman imej.

Namun pihak Huawei tidak menyatakan bilngan MP kamera untuk peranti baru mereka. Saya meramalkan kamera utama 40MP f/1.6, lensa sudut luas 20MP f/2.2, lensa telefoto 12MP f/2.4 dan satu sensor TOF.

Selain kamera, terdapat juga teknologi penyejukkan yang dipanggil Huawei Supercool dan bateri berkapasiti lebih 4,000mAh untuk model P30 Pro dengan pengecasan Huawei Supercharge 2.0 (40W), pengecasan tanpa wayar (15W) dan pengecasan timbal balik. Cip? masih lagi dikuasakan dengan Kirin 980.

Sama-sama kita nantikan.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
©2026 WISER.MY