Bagaimana Sarung Tangan Ini Membantu Anda Menyentuh Dari Jarak Jauh

Lab Connection yang berpangkalan di Simon University British Columbia telah memperkenalkan sejenis alat yang membenarkan pengguna menyentuh objek dari jarak jauh. Tidak kiralah anda anak perlis terpaksa tinggal di KL atau sedang berada dalam perhubungan jarak jauh, alat ini adalah jawapan kepada kesukaran anda."

Ketika ini telefon pintar memberi anda berhubung melalui suara, gambar dan rakaman video. Tetapi masih tiada teknologi yang mampu memberi keupayaan untuk berhubung secara sentuhan.

Mereka memperkenalkan sarung tangan Flex-N-Feel, iaitu sarung tangan bersama keupayaan simulasi sentuhan.

890b32ba-38a2-4062-cfe4-efc3f0ea8556

Sarung tangan ini hadir dengan 2 pasang sarung tangan. Satu 'Flex' satu lagi 'Feel'. Pengguna 'Flex' perlu menggerakkan tangan dan sarung tangan ini akan menghantar signal melalui internet. Motor di sarung tangan 'Feel' akan bergerak menyerupai tangan pasangannya.

flexnfeel

Mereka juga turut menyesuaikan sarung tangan ini bersama fungsi rakaman video secara langsung dalam memberikan pengalaman sentuhan yang sebenar. Malah mereka juga turut menggunakan platform VR dalam mengetengahkan konsep baru ini.

Baru-baru ini Facebook turut hadir dengan inovasi baru iaitu Facebook Space. Ianya merupakan teknologi dimana pengguna VR dapat berkomunikasi sesama sendiri melalui avatar dalam dunia realiti maya yang direka. Dengan adanya Flex-N-Feel, komunikasi secara realiti maya lebih menyeronokkan.

Sumber