Ini bermakna, pengguna Samsung Smart View akan dibenarkan menggunakan servis seperti strim video di YouTube, Hulu dan Amazaon Prime. Syarikat tersebut juga mengemaskini antara-muka aplikasi mereka untuk memudahkan pengguna menggunakan fungsi carian media. Samsung juga memperkenalkan alat kawalan jauh secara maya yang sebagai alternatif kepada alat kawalan jauh fizikal.
Namun. ianya agak mengecewakan kerana Samsung belum lagi menambah servis Netflix kedalam pengisian mereka. Samsung bakal mengumumkan tentang hal ini semasa acara CES 2017 yang akan dilangsungkan pada hari Khamis di Las Vegas.
Syarikat yang berpangkalan di Korea itu juga bakal memperkenalkan teknologi skrin terbaru yang digelar sebagai "QLED" sewaktu CES 2017. Ianya diangkat sebagai generasi ketiga Quantum Dot TV dari Samsung yang diharapkan menjadi satu penambah-baikkan terhadap skrin LCD dan juga meningkatkan prestasi HDR.
Sebenarnya pada tahun 2013, Samsung telah pun mengetengahkan sebuah aplikasi bernama Boxxee yang memberikan nafas baru terhadap teknologi TV pintar. Melalui Boxxee, Samsung berharap dapat memberikan pengguna kuasa untuk mengawal TV menggunakan tablet/peranti alat mudah alih. Dengan menggunakan tablet tersebut, pengguna dapat mengekses dan mengawal pengisian dengan antara-mukanya yang tersendiri. Namun, ianya sebuah misi yang ternyata gagal pada tahun itu.
Sumber : Gadget 360, Slash Gear
Berkaitan
- Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal Atasi Incredibles 2 Sebagai Animasi Dengan Hasil Kutipan Tertinggi
- 6 Juta Unit Siri Xiaomi Mi 8 Berjaya Dijual Dalam Masa Empat Bulan
- Rekaan Terbaru Kit IoT ESLOV Dari Arduino di Kickstarter
- Xiaomi Meterai Kerjasama Bersama IKEA, Mahu Perluaskan Penggunaan Peralatan Rumah Pintar
- Majlis Olimpik Antarabangsa Tolak Acara e-Sukan Mengandungi Unsur Keganasan
- Samsung Galaxy A9 2018 - Peranti Bermata Empat Pertama Di Dunia Diperkenalkan Secara Rasmi
- Huawei Perkenalkan Edisi Khas Mate 20 Pro & Nova 4 Di China
- Google Menambah Fungsi Penjadualan E-mel Pada Servis Gmail
- PUBG Mobile Bakal Beri Peluang Sama Rata Kepada Semua Peringkat Pemain
- Facebook Mohon Maaf Atas Kesilapan Teknikalnya Berkaitan Bencana Gempa Bumi Lombok