Avengers: Endgame Mula Ditayangkan Di Malaysia Pada 24 April, 2 Hari Lebih Awal Dari AS

Lagi berita mengenai francais Marvel. Sekuel ke-empat siri popular mereka, Avengers: Endgame sememangnya ditunggu-tunggu oleh peminat filem adiwira di seluruh dunia.

Filem tersebut dijadual akan ditayang pada 26 April ini. Namun berita baik kepada peminat di Malaysia apabila kita disahkan akan dapat menonton filem itu dua hari lebih awal, iaitu pada 24 April.

https://twitter.com/GSCinemas/status/1106457963907047425

Pengumuman mengenainya dibuat melalui satu kicauan oleh akaun Twitter rasmi GSC baru-baru ini.

Walaubagaimanapun, pawagam-pawagam lain juga dijangka akan turut mula menayangkan Avengers: Endgame pada tarikh tersebut.

Baru-baru ini, video acah kedua bagi filem berkenaan telah pun dikeluarkan di mana ia memaparkan beberapa adegan menarik termasuklah kemunculan Captain Marvel yang tiada semasa video acah pertama.

 

Sumber: GSC Cinemas

Berkaitan