Sejak bermulanya pandemik Covid-19, pemakaian pelitup muka sudah menjadi keutamaan. Sehingga kini pelbagai pelitup muka boleh kita lihat dipasaran, dari yang biasa digunakan di fasiliti perubatan sehinggalah kepada bercirikan elektronik. Melihat kepada keperluan pelitup muka yang lebih meluas ketika ini, LG bakal mengumumkan LG PuriCare Wearable Air Purifier. Pengeluar ini terkenal dengan produk pembersih udara…
Pengarang: Helmi Samsuri
Gorilla Glass Victus Mampu Harungi 10 Kali Jatuhan Tanpa Retak Pada Paparan
Sebulan yang lepas, Corning telah melancarkan generasi terbaru Gorilla Glass dan ia dikenali sebagai Victus. Tidak lagi menggunakan penamaan turutan nombor seperti versi-versi sebelumnya, Corning Gorilla Victus dijanjikan dengan ketahanan jatuhan sehingga 2 meter. Bagi membuktikan perkara tersebut, saluran YouTube PhoneBuff tampil melakukan ujian jatuhan. Samsung Galaxy Note 20 Ultra merupakan peranti pertama yang dilindungi…
Sebelum OxygenOS, Ini 10 Nama Yang Dicadangkan Untuk Sistem Antaramuka OnePlus
Pada pasaran Android, model-model yang ditawarkan menggunakan sistem operasi yang sama tetapi dibezakan pada antaramuka yang melapisi setiap satunya. Seperti OnePlus, ia bermula dengan Cyanogen OS yang muncul pada OnePlus One dan setahun selepas itu, OxygenOS mula diperkenalkan. Namun sebelum nama itu rasmi digunakan, ada lagi beberapa nama lain yang dicadangkan. Terdahulu pada 2015, OnePlus…
Guna ShopeePay Pada 27 Ogos, Ini Yang Bakal Anda Nikmati
Tarikh 9.9 pastinya dinanti-nantikan semua pembeli kerana pelbagai tawaran serta promosi menarik ditawarkan secara atas talian. Memasuki tahun kelima, Shopee kini sedang menjalankan acara jualan tahunan ini yang telah bermula sejak 21 Ogos lalu dan tamat pada 9 September 2020. Menerusi 9.9 Super Shopping Day yang dilangsungkan oleh Shopee, pembeli bakal menikmati tawaran seperti penghantaran…
Peminat Desak Xiaomi Jual Mi 10 Ultra Untuk Pasaran Luar China
Pada dua minggu yang lepas, Xiaomi telah mengadakan acara pelancaran yang membariskan beberapa produk terbaru mereka. Namun, produk-produk yang membuat kemunculan pada acara tersebut tiada dalam perancangan Xiaomi untuk pasaran global buat masa sekarang. Salah satunya adalah Xiaomi Mi 10 Ultra yang dimuatkan dengan paparan 120Hz, pengecasan 120W, dan Zum sehingga 120x. Ini sedikit sebanyak…
Model Baru Nintendo Switch Dijangka Hadir Awal Tahun Hadapan
Nintendo kini dilaporkan sedang merancang untuk memperkenalkan model Nintendo Switch baru yang mungkin membuat kemunculan seawal tahun hadapan. Menurut laporan daripada Economic Daily News, konsol permainan popular itu perkhabaran ini diperolehi daripada rantaian syarikat pembekal konsol tersebut. Bagi model terbaru itu, Nintendo dijangka menambah baik kualiti paparan (4K) dan prestasi perkomputeran yang lebih tinggi. Dikatakan…
