Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gorilla Glass Victus Mampu Harungi 10 Kali Jatuhan Tanpa Retak Pada Paparan

Gorilla Glass Victus Mampu Harungi 10 Kali Jatuhan Tanpa Retak Pada Paparan

Diterbitkan Ogos 27, 2020 · Dikemas kini Ogos 27, 2020 oleh Helmi Samsuri

Sebulan yang lepas, Corning telah melancarkan generasi terbaru Gorilla Glass dan ia dikenali sebagai Victus. Tidak lagi menggunakan penamaan turutan nombor seperti versi-versi sebelumnya, Corning Gorilla Victus dijanjikan dengan ketahanan jatuhan sehingga 2 meter.

Bagi membuktikan perkara tersebut, saluran YouTube PhoneBuff tampil melakukan ujian jatuhan. Samsung Galaxy Note 20 Ultra merupakan peranti pertama yang dilindungi Gorilla Glass Victus dan sebagai perbandingan, PhoneBuff menggunakan iPhone 11 Pro Max.

Kedua-dua peranti diuji dengan jatuhan yang melibatkan panel belakang, panel depan, bahagian bucu serta 10 kali jatuhan secara berterusan. Ujian dibuat pada ketinggian 1.5 meter tamat kesemua pusingan tersebut, Victus boleh disimpulkan sebagai sebuah kaca perlindungan yang tahan lasak.

Walaupun dijatuhkan secara berterusan, panel hadapannya masih bertahan serta boleh beroperasi seperti biasa. Hanya bahagian sekitar modul kamera sahaja yang retak pada jatuhan pertama, tetapi tidak seperti peranti Apple.

Berbeza dengan iPhone 11 Pro Max, ia retak keseluruhannya dimana kamera dan beberapa fungsi paparan gagal beroperasi. Paparan iPhone 11 Pro Max dikatakan setaraf dengan Corning Gorilla Glass 6 tetapi Apple dan Corning tidak memperincikan sebarang spesifikasi kaca terbabit. Ia hanya dimaklumkan kaca perlindungan itu direka khas untuk Apple.

Corning sebelum ini pernah menyatakan Gorilla Glass 6 mampu bertahan jatuhan 1 meter sebanyak 15 kali secara purata manakala Victus sebanyak 20 kali.

Sumber: PhoneBuff

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY