Guna ShopeePay Pada 27 Ogos, Ini Yang Bakal Anda Nikmati

Tarikh 9.9 pastinya dinanti-nantikan semua pembeli kerana pelbagai tawaran serta promosi menarik ditawarkan secara atas talian. Memasuki tahun kelima, Shopee kini sedang menjalankan acara jualan tahunan ini yang telah bermula sejak 21 Ogos lalu dan tamat pada 9 September 2020.

Menerusi 9.9 Super Shopping Day yang dilangsungkan oleh Shopee, pembeli bakal menikmati tawaran seperti penghantaran percuma bagi belian serendah RM9, barangan berharga RM9 melalui Jualan Kilat Shocking Sale, serta baucar potongan harga 50%.

Tambahan  lagi, pembeli juga berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai hingga RM99,000 melalui Shopee Games. Bagi memeriahkan lagi acara jualan ini, Shopee pada 27 Ogos ini akan mengadakan ShopeePay Day.



Pada hari berlangsungnya ShopeePay Day itu, pembeli yang membuat bayaran melalui ShopeePay akan menerima baucar tunai sebanyak RM10 dengan perbelanjaan minimum RM25 (untuk pengguna baharu sahaja).

Bagi pengguna ShopeePay sedia ada, mereka bakal menikmati baucar tunai RM5 dengan perbelanjaan minimum RM25. Tambahan pula, semua pengguna yang membayar menggunakan ShopeePay pada ShopeePay Day boleh mendapatkan penghantaran percuma untuk belian barangan serendah RM9. Bagi tawaran penghantaran percuma ini, ia berlangsung selama 1 jam bermula tepat jam 12 tengah malam, pada 27 Ogos.

Selain itu, anda juga boleh menebus baucar potongan 15% (dihadkan kepada RM1) untuk tambah nilai pra-bayar mudah alih dan bil jika bayaran dibuat melalui ShopeePay.

ShopeePay merupakan dompet mudah alih dan ciri pembayaran Shopee yang membolehkan pengguna menyimpan wang dan membuat pembayaran menggunakan e-duit di Shopee dengan lancar, mudah, dan selamat.

Melalui ShopeePay Day, ia bukan sahaja menggalakkan penggunaan dompet mudah alih berkenaan tetapi juga memudahkan anda dalam urusan pembayaran. Antara faedah yang boleh diperolehi pembeli sekiranya menggunakan ShopeePay adalah:
Tambah nilai e-dompet dengan lebih mudah

ShopeePay boleh ditambah nilai dengan pelbagai cara seperti melalui kad debit/kredit, pemindahan perbankan atas talian serta di kedai serbaneka 7-Eleven.
Kaedah pembayaran yang lebih selamat

ShopeePay mematuhi piawaian keselamatan yang tinggi dan privasi anda dilindungi proses pendaftaran automatik.
Pengalaman beli-belah tanpa gangguan dan lancar

ShopeePay turut menawarkan pembayaran secara luar talian atau offline di beribu lokasi rakan niaga Shopee.
Lebih jimat dengan promosi ShopeePay

Pengguna juga boleh mendapatkan lebih penjimatan dengan ShopeePay melalui promosi berterusan yang dijalankan secara atas talian (dalam aplikasi) dan luar talian (rakan niaga). 
Ada lagi

Bermula sekarang hingga 31 Disember, pengguna yang menggunakan ShopeePay boleh menikmati pulangan tunai RM3 setiap hari dengan pembelian minimum RM15 dalam satu transaksi. Promosi ini boleh didapati bagi pembayaran di Mydin, Black Whale, The Alley, Old Town White Coffee, King’s Confectionery, Mama Kim dan banyak lagi.



Sekiranya anda inginkan lebih banyak tawaran dan promosi menarik dari Shopee, klik pada pautan berikut (https://shopee.com.my/m/99).

Artikel ini dibawakan oleh Shopee