Samsung Galaxy A50 merupakan salah satu penawaran yang mendapat perhatian ramai dalam siri Galaxy A. Menyediakan ciri imbasan cap jari untuk keselamatan peranti, kini perkhabaran terbaru menyatakan fungsi tersebut tidak berjalan normal selepas dikemaskini. Dua kemaskini yang dikatakan membawa masalah tersebut adalah versi A505FNXXS3ASK9 dan A505FDDS3ASK8, dimana ia sepatutnya menambahbaik prestasi fungsi itu tetapi isu…
Pengarang: Helmi Samsuri
Kotak TV Android Yang Tidak Diperakui Antara Peranti Yang Dirampas SKMM
Memiliki atau menjual mana-mana peranti yang tidak diperakui oleh SKMM merupakan kesalahan dibawah Peraturan 16, Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 yang memperuntukkan denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum enam (6) bulan atau kedua-duanya sekali. Berdasarkan laporan terbaru, sejumlah 58 kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui telah suruhanjaya tersebut telah dirampas di 12 lokasi berbeza….
Amerika Syarikat Beri Lesen Lanjutan 2 Minggu Kepada Huawei
Sekatan urusniaga yang dikenakan oleh Amerika Syarikat keatas Huawei telah sedia dikuatkuasakan sejak Mei lagi. Sehingga ke hari ini, syarikat teknologi gergasi China tersebut telah menerima dua lesen sementara, membolehkan urusniaga diteruskan walaupun mereka masih disenarai hitam oleh pentadbiran Trump. Tempoh 90 hari kedua yang dijadualkan berakhir hari ini dan perkembangan mengenainya memperlihatkan tempoh lanjutan…
Berbaloi Atau Tidak Laburkan RM1099 Untuk Redmi Note 8 Pro? Mari Ikuti Bingkisan Hati Ini
Dalam banyak-banyak penawaran telefon pintar di Malaysia, siri Redmi Note boleh dikatakan antara siri yang berjaya menarik perhatian ramai terutama sekali sejak pengenalan Redmi Note 3 beberapa tahun lalu. Menuruti dari satu model ke satu model dalam siri tersebut, ia sentiasa mewarisi ciri sebuah peranti dengan spesifikasi baik setara dengan harga jualan. Bagi pertaruhan kali…
Vivo S5 Diumumkan, Dilengkapi Skrin SuperAMOLED Dan Kuad Kamera
Setelah diperkatakan buat beberapa ketika, Vivo S5 kini telahpun rasmi diumukan Vivo untuk pasaran China. Hadir dilengkapi dengan cip pemproses Snapdragon 712, ia bakal digandingkan bersama RAM 8GB serta ruang memori 128GB dan 256GB. Bahagian hadapan peranti diletakkan dengan skrin paparan Super AMOLED berukuran 6.44 inci yang memberikan nisbah skrin ke badan sehingga 91.38%. Tidak…
Ujian Sembunyikan Kiraan Like Instagram Dikembangkan Lagi Kepada Pengguna Seluruh Dunia
Sebahagian daripada kita kini gemar berkongsi saat-saat indah atau apa sahaja yang menarik di platform Instagram. Namun begitu, terdapat pengguna lebih mementingkan jumlah Like dan View yang diterima berbanding kualiti foto yang dikongsikan tersebut. Ujian untuk menyembunyikan kiraan Like dan View itu sedia dijalankan sejak 7 bulan yang lalu dengan negara terawal melibatkan Australia, Brazil, Canada,…
