Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kotak TV Android Yang Tidak Diperakui Antara Peranti Yang Dirampas SKMM

Kotak TV Android Yang Tidak Diperakui Antara Peranti Yang Dirampas SKMM

Diterbitkan November 18, 2019 oleh Helmi Samsuri

Memiliki atau menjual mana-mana peranti yang tidak diperakui oleh SKMM merupakan kesalahan dibawah Peraturan 16, Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 yang memperuntukkan denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum enam (6) bulan atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan laporan terbaru, sejumlah 58 kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui telah suruhanjaya tersebut telah dirampas di 12 lokasi berbeza. Rampasan itu dibuat di empat negeri iaitu Kuala Lumpur, Kedah, Perak serta Pulau Pinang dan ia dijalankan antara bulan Julai hingga awal Oktober 2019.

Peranti-peranti yang dirampas itu telah disita oleh pihak PDRM dan untuk tujuan analisis, ia akan diserahkan kepada SKMM.

Rampasan melibatkan perkakasan seperti signal booster dan repeater, sistem pemancar TV tanpa wayar dan penghantar Av, kotak TV Android, walkie-talkie dan RF repeater.

Terdahulu, sebanyak 19 kes telah dibawa ke mahkamah dalam tempoh antara Januari hingga September 2019 dengan nilai denda yang dikenakan berjumlah RM432,000.


Ini jelas memperlihatkan ketegasan pihak SKMM dalam menangani masalah penawaran berleluasa peranti yang tidak mendapat piawaian dan anda sebagai pengguna dinasihatkan untuk menyemak label SKMM terlebih dahulu sebelum membeli sebarang peranti komunikasi yang ditawarkan.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY