Pada acara pelancarannya semalam di China, realme memperkenalkan beberapa peranti mudah alih baharu termasuk realme GT 2 Explorer Master Edition. realme GT 2 Explorer Master Edition membuat penampilan sulungnya dengan berkuasakan cip Snapdragon 8+ Gen 1. Direka dengan paparan OLED FHD+ 120Hz 6.7 inci, telefon ini dilengkapi sehingga 12GB LPDDR5X RAM dan 256GB storan UFS…
Pengarang: Nadiah Ab
Nokia 5710 XpressAudio Diumum, Hadir Dengan Slot TWS Yang Tersembunyi
Pada 12 Julai 2022, HMD, syarikat Finland yang memiliki Nokia, telah mengumumkan pelancaran tiga telefon mudah alih baharu mereka, terutamanya Nokia 5710 XpressAudio yang menjadi perhatian. Nokia 5710 XpressAudio Nokia 5710 XpressAudio didatangkan dengan set fon telinga wayarles sendiri yang dimasukkan terus ke dalam telefon. Boleh dilihat HMD mengambil inspirasi daripada barisan telefon bimbit XpressMusic…
TikTok Disaman, “Blackout Challenge” Punca Kematian Dua Kanak-Kanak
TikTok dilaporkan disaman di California selepas beberapa orang kanak-kanak meninggal dunia disebabkan “Blackout Challenge”, cabaran mencekik diri sehingga pengsan. Tuntutan yang difailkan di mahkamah negeri di Los Angeles menuduh perisian TikTok “sengaja dan berulang kali” menyiarkan “Blackout Challenge” yang membawa kepada kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun di Texas dan seorang kanak-kanak perempuan berusia…
Prototaip Kanta Sentuh Ini Dilengkapi Teknologi AR Dan Paparan MikroLED
Selepas adanya fon kepala dan cermin mata realiti digital, syarikat Mojo Vision dari Amerika pula menyediakan kanta sentuh realiti terimbuh (AR). Kanta ini membenarkan pemakai menikmati bahan kandungan, foto dan kandungan teks, ditindih (superimpose) pada suasana dunia sebenar. Setelah beberapa tahun, prototaip pertama kanta sentuh AR ini, yang dinamakan Mojo Lens, akhirnya beroperasi dan didedahkan….
Go Shop Tawar Diskaun Sehingga 76% Sepanjang Bulan Julai
Melalui kempen ‘Go Giler Sale!’, platform e-dagang, Go Shop, menawarkan diskaun hebat sehingga 76% daripada pelbagai kategori seperti elektronik digital, peralatan rumah, perabot, kesihatan, dan kecantikan. Sepanjang kempen, pelanggan boleh menggunakan kod GG18, GG40, dan GG75, untuk mendapatkan potongan RM18, RM40, dan RM75 apabila membeli-belah di Go Shop. Turut diadakan tawaran ‘Tick Tock Thursday’ di…
Enam Telefon Nokia Yang Cetus Fenomena Dan Nostalgia
Nokia pada kemuncaknya telah menghasilkan lebih banyak telefon berbanding jenama lain pada zaman kegemilangannya. Boleh dikatakan, syarikat itu boleh dianggap sebagai “godfather” telefon pintar dengan inovasi yang masih digunakan hari ini. Nokia dulu bereksperimen dengan reka bentuk dan ciri telefon pintar yang kini telah menjadi ruji dalam telefon pintar yang kita gunakan. Jadi, untuk memperingati…
