Perang perdagangan antara US-China nampaknya masih belum menampakkan sebarang tanda untuk reda. Terbaru, satu syarikat pembekal Huawei di China, Menpad akan mengenakan penalti kepada setiap pekerjanya yang membeli peranti iPhone. Penalti yang dikenakan adalah pada nilai harga pasaran semasa peranti yang dibeli. Walaupun tidak dapat dipastikan bagaimana kaedah sebenar hukuman tersebut, berkemungkinan besar bayaran penalti…
Pengarang: Haikel Areff
Rekaan 3D Google Pixel 3 Lite & Pixel 3 Lite XL Beri Gambaran Ketiadaan Takuk
Sebut sahaja Google Pixel, pasti banyak perkara positif yang diperkatakan mengenainya. Sistem operasi, kamera, pengalaman penggunaan dan banyak lagi. Yang negatif pula bagaimana? Sudah pasti, rekaan takuknya yang agak besar berbanding peranti-peranti lain. Walaubagaimanapun, ia berkemungkinan besar akan berubah tidak lama lagi. Ini kerana Google Pixel 3 Lite dan Google Pixel 3 Lite XL dilaporkan…
Jaket Pintar Levi’s Ini Akan Beri Amaran Kepada Anda Jika Meninggalkan Telefon Pintar
Sering tertinggal telefon anda ketika keluar dari rumah? Masalah anda mungkin akan selesai tidak lama lagi. Ini kerana Levi’s telah bekerjasama dengan Google dalam menghasilkan Commuter X Jacquard, satu gabungan jaket dan aplikasi yang akan memberi amaran kepada pemakai sekiranya meninggalkan telefon. Kerjasama antara siri jaket Commuter keluaran Levi’s dan aplikasi Jacquard ini telah hasilkan…
Samsung Dilaporkan Masih Akan Menawarkan Bicu Audio Pada Galaxy S10
Ketika beberapa pengeluar lain telah membawa keluar sokongan bicu audio 3.5mm, Samsung dilihat masih lagi akan terus menyediakannya pada peranti mereka tahun depan, sehingga Galaxy S10 sekurang-kurangnya. Ia berdasarkan satu kiriman video yang dibuat oleh @UniverseIce baru-baru ini. Video tersebut memaparkan rekaan sebuah kerangka peranti yang dikatakan Galaxy S10 menunjukkan ia masih lagi mengekalkan bicu…
Video Berkaitan Permainan Video Ditonton Selama Lebih 500 Bilion Jam Sepanjang 2018
Bagi penggemar permainan video, bukan sahaja bermain games yang menjadi kegilaan mereka, malah mereka juga suka menghabiskan masa terluang untuk menonton video berkaitan permainan video yang diminati. Buktinya, menurut laporan VentureBeat, kira-kira 500 bilion jam telah dihabiskan oleh pengguna YouTube untuk menonton video-video berkaitan dengan permainan video sepanjang tahun ini. Bukan itu sahaja, setiap hari…
Video Acah “Avengers: Endgame” Muncul Sebagai Video Paling Tinggi Tontonan Dalam Tempoh 24 Jam
Baru sahaja semalam kami melaporkan mengenai pelepasan video acah oleh pihak Marvel Studios bagi filem “Avengers: Endgame” mereka. Hari ini, tidak lama selepas itu, Marvel telah memuatnaik satu kicauan di Twitter mereka seperti berikut: To the greatest fans in the world, thank you for being there from the beginning til the endgame and making Marvel…
