Red Magic Mars merupakan siri kedua dibawah keluarga peranti menfokuskan permainan mudah alih Nubia, Red Magic. Ia telah dilancarkan di China pada hujung bulan yang lepas. Berita baik bagi mereka yang mengidamkan peranti ini namun berada di luar China, hajat anda mungkin akan kesampaian seawal bulan hadapan. Ini kerana menurut laporan GizmoChina, Nubia telah mengesahkan…
Pengarang: Haikel Areff
Xiaomi Bakal Lancarkan Peranti Mi Mix 3 Dengan Sokongan 5G Pada Tahun Hadapan
Sejak sistem cip Snapdragon 855 dilancarkan secara rasmi beberapa hari lepas, para pengeluar dilihat berpusu-pusu mengumumkan peranti yang akan menggunakan sistem cip tersebut. Terbaru, Xiaomi telah mengesahkan bahawa mereka akan memperkenalkan model Mi Mix 3 versi 5G dengan Snapdragon 855 pada awal tahun hadapan. Xiaomi juga telah membuat satu demonstrasi yang mempertontonkan pengalaman pelayaran internet…
Kerajaan Jepun Mahu Berhenti Guna Produk Huawei & ZTE
Beberapa minggu lalu, kami pernah melaporkan mengenai rancangan kerajaan Amerika untuk memujuk sekutu mereka berhenti menggunakan produk Huawei. Langkah itu dilihat mula membuahkan hasil apabila kerajaan Jepun dikatakan bakal mengharamkan penggunaan produk buatan Huawei dan ZTE dalam urusan mereka tidak lama lagi. Alasan bagi keputusan itu kekal sama, iaitu bagi menjamin keselematan negara. Mereka dikatakan…
Nokia 9 PureView Mengalami Kelewatan Akibat Masalah Kamera
Anda masih ingat lagi pada telefon Nokia 9 PureView yang mempunyai lima kamera utama? Peranti berkenaan masih belum lagi dilancarkan sehingga hari ini walaupun sudah digembar-gemburkan sejak beberapa bulan lepas. Terbaru, pihak Nokia telah pun memberi maklumbalas mengenai perkara tersebut. Menurut mereka, pelancaran Nokia 9 PureView terpaksa ditangguhkan akibat masalah kamera. Tambah mereka lagi, peranti…
Imej OnePlus 6T Edisi McLaren Didedahkan, Bakal Hadir Dengan Sistem Warp Charge Baharu
OnePlus dijadual akan melancarkan model khas OnePlus 6T edisi Mclaren pada 11 Disember ini. Menurut info terbaru, peranti tersebut akan hadir dengan 10GB RAM serta sistem pengecasan pantas baharu, Warp Charge 30. Ia bagi menggantikan pengecasan Dash Charge yang digunapakai sebelum ini. Warp Charge 30 didakwa mampu memberikan bekalan kuasa untuk sehari penggunaan dengan pengecasan…
Video Acah Rasmi Pertama Avengers 4: Endgame Ditayangkan, Beri Bayangan Kepentingan Watak Ant-Man
Buat para peminat siri Marvel diluar sana, saya yakin kebanyakan daripada anda sudah pun menonton video acah rasmi Avengers 4: Endgame yang mula dipertontonkan semalam. Bagi yang belum, jangan risau, ini dia videonya: Sebahagian besar daripada video ini menunjukkan adiwira-adiwira Avengers yang seolah-olah sudah mengalah dalam usaha mereka menentang Thanos. Video ini dimulakan dengan Tony…
