Menurut analisis terbaru oleh penganalisis terkenal produk-produk Apple, Ming-Chi Kuo menyatakan bahawa Apple berkemungkinan akan beralah dan akhirnya akan menggunakan sambungan USB-C pada iPhone mereka dalam tahun 2023 nanti. Malah sambungan USB-C juga dijangka akan dapat meningkatkan prestasi pengecasan dan pemindahan data berbanding sambungan Lightning yang masih kekal digunakan pada model iPhone sehingga kini. (1/2)My…
Pengarang: ariff bukhari
Kaca Mata Pintar Google Terbaru Jadikan Anda Pakar Semua Bahasa
Dalam Persidangan Google I/O yang berlangsung awal pagi tadi, mereka telah perlihatkan pengaplikasian teknologi realiti terimbuh (AR) pada cermin mata pintar terbaru yang dibangunkan mereka. Dengan memakai cermin mata tersebut, si pemakai akan dapat melihat terjemahan bahasa asing yang dibicarakan orang lain ke dalam bahasa lain yang difahaminya. Cermin mata pintar yang masih dalam peringkat…
MEASAT Bakal Lancarkan Satelit Baru, Akan Tingkatkan Kelajuan Internet Sehingga 100Mbps Di Kawasan Luar Bandar
Pengendali satelit utama di Malaysia, MEASAT Global Berhad (“MEASAT”) memaklumkan bahawa mereka bakal melancarkan satelit baru ke orbit Bumi pada 22 Jun 2022 nanti. Tujuan utama pelancaran satelit baharu itu yang dikenali sebagai MEASAT-3d adalah bagi menghubungkan lebih daripada 2 juta penduduk luar bandar dengan rangkaian capaian internet menerusi perkhidmatan satelit jalur lebar MEASAT CONNECTme…
Intel Umumkan 7 Cip Pemprosesan Alder Lake HX Terbaru
Intel hari ini telah mengumumkan sebanyak 7 cip pemprosesan terbaru bagi keluarga Intel Core Gen-12 (Alder Lake). Cip pemprosesan terbaru bagi keluarga Intel Core Gen-12 itu dikenali sebagai Intel® Core™ HX. Intel Core HX menawarkan sehingga 16 teras (8 teras prestasi dan 8 teras kecekapan) serta 24 bebenang. Ia juga menyokong memori RAM DDR5/LPDDR5 (4800MHz/5200MHz) dan…
Agensi Nuklear Malaysia Hasilkan Kit Rawatan Melegakan Sakit Kanser
Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) yang merupakan agensi di bawah MOSTI memainkan peranan besar kepada landskap perubatan negara kerana dapat menjimatkan kos di mana ubat yang diperlukan tidak perlu lagi diimport dari luar negara. Nuklear Malaysia baru-baru ini memaklumkan bahawa mereka telah menghasilkan radio isotop Samarium 153 bersama kit EDTMP (ethylenediamine tetramethylene phosphonate) untuk rawatan…
Malaysia Mungkin Berdepan Fenomena Jerebu Dalam Tempoh Monsun Barat Daya Yang Bermula 14 Mei Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan, Monsun Barat Daya dijangka bermula pada 14 Mei 2022 dan ia akan berterusan sehingga pertengahan September 2022. Menerusi kenyataan media rasmi mereka, MET Malaysia menyatakan pembentukan awan hujan sepanjang tempoh ini adalah kurang. Ini kerana lazimnya dalam tempoh monsun ini, angin bertiup secara konsisten dari arah barat daya dengan…
