Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Malaysia Perkukuh Kerjasama Dengan Republik Rakyat China Menerusi Sains, Teknologi Dan Inovasi

Malaysia Perkukuh Kerjasama Dengan Republik Rakyat China Menerusi Sains, Teknologi Dan Inovasi

Diterbitkan April 6, 2023 · Dikemas kini April 6, 2023 oleh ariff bukhari

Malaysia terus memperkukuhkan kerjasama dan pelaburan dua hala dengan Republik Rakyat China (RRC) dalam bidang-bidang strategik utama termasuklah teknologi digital baru muncul seperti kecerdasan buatan (AI), teknologi aeroangkasa, teknologi hijau seperti mobiliti elektrik dan pembangunan vaksin.

Menerusi Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI), Malaysia dan China komited untuk mengukuhkan ekosistem pengkomersilan dengan menyediakan akses pasaran untuk syarikat-syarikat pemula (startups) yang berpotensi di kedua-dua negara.

Perkara ini dimaklumkan oleh YB Chang Lih Kang, Menteri MOSTI dalam satu sidang media berkenaan lawatan mereka ke China baru-baru ini.

MOSTI menyatakan, dalam lawatan itu pelbagai memorandum persefahaman (MoU) telah dimeterai antara Malaysia dan China melibatkan kerjasama perniagaan dalam pelbagai bidang terutamanya teknologi hijau dan ekonomi digital.

Antaranya adalah perjanjian antara DRB-Hicom dengan Zhejiang Geely Holding Group Co. Ltd dalam usaha membangunkan industri kenderaan tenaga baharu di Malaysia.

Untuk rekod, RRC merupakan  rakan dagangan terbesar Malaysia untuk tempoh 14 tahun berturut-turut dengan nilai perdagangan sebanyak RM487.13 bilion direkodkan pada tahun 2022 lalu.

Berkaitan

  • 7 Sebab Telefon Ini Patut Jadi Telefon Raya Anda
  • Ini Telefon ‘Midrange’ Pertama Dengan 200MP OIS, Siap Ada Ciri ‘Flagship’ Lain Serendah RM1599
  • Samsung Beri Amaran, Aksesori Tertentu Pada Siri Galaxy S23 Boleh Merosakkan Kamera

Sumber: MOSTI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY