Bersempena dengan pelancaran vivo X90 Series, vivo mengadakan kempen vivo X90 Series Superday di 7 cawangan di seluruh Malaysia. 7 Cawangan yang terlibat dengan kempen itu adalah DirectD Gadget Mega Store Petaling Jaya, Gurney Plaza Penang, Mid Valley Megamall KL, Midvalley Southkey Johor Bahru, One Utama, Pavilion Kuala Lumpur dan Satu Gadget Kuala Lumpur. Kempen…
Pengarang: ariff bukhari
Menara 4G Dibina Di Pekan Pantu Telah Siap, Disasarkan Beroperasi Sebelum Hujung Tahun Ini
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan, pembinaan struktur menara komunikasi yang terletak 4.5 km dari Pekan Pantu, Sarawak telah pun siap. Menara telekomunikasi di bawah projek pembinaan kendalian Kerajaan Negeri Sarawak menerusi Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) itu disasarkan untuk beroperasi dengan perkhidmatan 4G sebelum penghujung tahun ini. SDEC merupakan sebuah syarikat kerajaan negeri…
Teknik “Penyembelih Khinzir” Diguna Bagi Menyelinap Masuk 3 Aplikasi Ini Ke Dalam Stor Apple Dan Google
Pneyelidik keselamatan dari Sophos melaporkan penemuan teknik yang dikenali sebagai ‘CryptoRom’ bagi penjenayah siber menyelinap masukkan apliaksi palsu ke dalam Apple App Store dan Google Play Store. Teknik itu yang juga dikenali sebagai “penyembelihan khinzir” digunakan bagi tujuan penipuan kewangan. Jenis penipuan ini menggunakan kejuruteraan sosial yang menggabungkan aplikasi kewangan dan tapak laman sesawang palsu…
Tempah Awal Dan Dapatkan Tawaran Eksklusif Bagi Siri Samsung Galaxy S23, Hanya Dari RM3,899
Samsung secara rasminya telah melancarkan siri telefon pintar flagship mereka iaitu Galaxy S23. Sebaik pelancaran, Samsung juga membuka tempahan awal bagi barisan siri Galaxy S23 ini bermula dari 2 Februari sehingga 23 Februari 2023. Siri Galaxy S23 terdiri daripada 3 model iaitu Galaxy S23 (harga bermula dari RM3,899), Galaxy S23+ (harga bermula dari RM4,699) dan Galaxy…
79% Pengguna Mahu Ciri Penting Ini Kembali Ke iPhone
Berdasarkan kepada statistik data yang diperoleh laman SellCell, 79% pengguna telefon pintar Apple iPhone mahukan ciri yang dimansuhkan pada iPhone dahulu dikembalikan semula. Ciri yang dimaksudkan di sini adalah ciri butang imbas cap jari di iPhone iaitu Touch ID. Butang pengimbas Touch ID pertama kali diperkenalkan Apple pada butang Home model iPhone 5S yang dilancarkan pada 2013…
RTM Dan Astro Diumum Rakan Penyiar Rasmi Liga Malaysia 2023
Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil hari ini mengumumkan bahawa siaran tv RTM akan menyiarkan sebanyak 75 perlawanan Liga Malaysia 2023 secara langsung. Ia termasuklah saingan Piala Sumbangsih, Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia buat para peminat sukan bola sepak tanah air. Siaran langsung itu akan dimulakan dengan siaran langsung perlawanan Piala Sumbangsih…
