Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Luxeed S7

Tempahan EV Dapat Lambat, Huawei Akan Bayar Pelanggan ~RM132/hari

Diterbitkan Januari 21, 2024 · Dikemas kini Januari 21, 2024 oleh ariff bukhari

Huawei menerusi jenama EV nya, Luxeed, telah pun melancarkan EV terbarunya, Luxeed S7 pada Nemvember tahun lalu.

Pengeluaran Luxeed S7 adalah dilakukan dengan kerjasama Chery Auto.

Sejak ia dilancarkan, Huawei memaklumkan bahawa EV mereka itu telah menerima lebih daripada 10 ribu unit pra tempah.

Walaubagaimanapun, sebahagaian pelanggan yang telah membuat pesanan mereka sejurus selepas acara pelancaran pada 28 November 2023 lalu sehingga kini, masih ada yang tidak menerima tarikh penghantaran yang kukuh walaupun selepas menunggu selama enam minggu.

Respon terhadap aduan pelanggannya, Luxeed berkata mereka akan membayar sebanyak RMB 200 (~RM132) sehari sebagai pampasan untuk beberapa pembeli model S7 pertamanya yang mengalami kelewatan penghantaran lebih daripada enam minggu.

Dalam satu kenyataan yang diterbitkan di Weibo, Luxeed berkata mereka sedang meningkatkan pengeluaran untuk memastikan penghantaran berkualiti tinggi, memerlukan kesabaran daripada pembeli.

Luxeed S7 memfokuskan pada reka bentuk mewah dan menarik dengan menyatakan bahawa ruang dalamannya lebih selesa berbanding Mercedes-Benz E-Call, Tesla Model S dan Porsche Taycan.

Luxeed S7 mempunyai Kokpit Pintar dikuasakan HarmonyOS dengan perisian HarmonyOS 4.0. Terdapat banyak pilihan pemanduan pintar yang tersedia serta kawalan kereta 3D.

Bukan itu sahaja, Luxeed S7 menggunakan Sistem Pemanduan Automatik Huawei 2.0 dan mempunyai teknologi pemilihan laluan bebas serta sistem parkir autonomi.

Di bawah hud, EV ini memuatkan bateri kuasa emas silikon karbida bervoltan tinggi DriveOne 800V dengan motor elektrik yang mempunyai kelajuan maksimum 22,000rpm.

Jumlah kuasa bagi varian pacuan empat rodanya ialah setinggi 365kW (~490HP) yang boleh memecut 0-100 kilometer hanya dalam masa 3.3 saat.

Luxeed S7 didakwa mampu memberikan jarak sehingga 8ookm yang  dijual dengan harga bermula dari 249,800 yuan ~RM165,651.

Berkaitan

  • Kereta Hibrid Makan Modal? Ini Kelebihan HEV Yang Ramai Tak Tahu
  • HONOR Magic V2 RSR Tiba Di Malaysia Bersama Hadiah Prapesanan Bernilai RM3,247
  • Hasil Gambar Siri vivo X100 Dipersembah Dalam Pameran Fotografi Antarabangsa

Sumber: Huawei, Tecnode, Car News China

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY