Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengingatkan khususnya ibu bapa bahawa ketagihan gajet di peringkat kanak-kanak boleh terjadi seawal usia 3 tahun. KKM berkata, antara tanda-tanda amaran bahawa kanak-kanak mengalami ketagihan gajet adalah seperti tidak berminat dengan aktiviti lain, lambat bercakap, mudah marah atau mengamuk apabila gajet tidak diberikan serta kurang berinteraksi. KKM menegaskan, adalah menjadi tanggungjawab…
Pengarang: ariff bukhari

Kerajaan Peruntukan RM10 Juta Untuk Tangani Isu ‘Scam’
Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC) telah diperuntukkan sebanyak RM10 juta oleh Kerajaan bagi tujuan mengukuhkan peranannya dalam usaha menangani isu scam yang semakin berleluasa. NSRC berperanan sebagai pusat operasi menyelaraskan tindak balas pantas terhadap penipuan kewangan dalam talian. NSRC merupakan usaha sama antara Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (National Anti-Financial Crime Centre, NFCC), Polis Diraja Malaysia (PDRM),…

Selepas Hampir 60 Tahun, Nokia Tukar Logo Ikonik Mereka
Nokia telah mengumumkan perancangan mereka untuk menukar identiti jenama mereka dengan rekaan logo baharu. Rekaan baharu logo itu terdiri daripada lima bentuk berbeza yang membentuk perkataan NOKIA. Sekaligus menggugurkan warna biru ikonik logo lama mereka yang berusia hampir 60 tahun. Ketua Eksekutif Nokia, Pekka Lundmark ketika bercakap kepada Reuters dalam satu temu bual berkata, mereka…

Huawei Atasi Ericsson Dan Nokia Sebagai Pembekal Peralatan Rangkaian 5G Terbesar
Berdasarkan kepada laporan kajian yang diterbitkan oleh Dell’Oro, Huawei kini merupakan peneraju dunia dalam penyelesaian peralatan rangkaian dan syarikat itu merupakan pembekal peralatan rangkaian 5G global yang terkemuka di dunia ketika ini. Data daripada kajian yang dijalankan itu menunjukkan, Huawei adalah pembekal rangkaian teras mudah alih global 5G teratas pada 2022 diikuti oleh Ericson, ZTE dan Nokia….

JENDELA Fasa 2 Sasar 100% Kawasan Berpenduduk Nikmati Internet Dan Capai Purata Kelajuan Jalur Lebar Mudah Alih Selaju 100Mbps – MCMC
Menyambut baik Belanjawan 2023 yang diumumkan baru-baru ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyatakan bahawa, mereka akan terus komited dalam memperkasakan kesalinghubungan serta mengukuhkan ekosistem digital negara merentasi sektor industri dan rakyat Malaysia yang merangkumi Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan pelaksanaan 5G. MCMC memaklumkan, JENDELA Fasa 2 (2023-2025) akan memberi tumpuan dalam penyediaan…

Penduduk Pulau Tioman Kini Nikmati Internet Berkelajuan Tinggi Menerusi Rangkaian Gentian Optik Sejauh 75.2km
Penduduk kampung di dalam Pulau Tioman kini dapat menikmat internet berkelajuan tinggi hasil daripada pelaksanaan rangkaian gentian optik dasar laut ke Pulau Tioman. Projek berkenaan yang membangunkan rangkaian gentian optik dari Kuala Rompin ke Kampung Tekek sejauh 75.2km itu telah pun siap sepenuhnya pada bulan September 2018 dahulu. Pelaksanaan rangkaian gentian optik dasar laut ke…