Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi SU7

AnTuTu Kini Berikan Penanda Aras Untuk EV Pula

Diterbitkan Jun 6, 2024 ยท Dikemas kini Jun 6, 2024 oleh ariff bukhari

Laman penanda aras AnTuTu kini bukan sahaja menyenaraikan telefon pintar terbaik setiap bulan, tetapi kini turut menyenaraikan kenderaan elektrik (EV).

Ia bertujuan untuk menilai secara objektif prestasi sistem info hiburan dalam EV dengan menguji set cip dan RAM serta storan yang tersedia, sama seperti aplikasi penanda aras pada telefon pintar.

Menurut AnTuTu, tiga EV teratas adalah model EV Zeekr 007, Xpeng X9 dan Mercedes EQE.

EV lain yang turut tersenarai dalam 17 teratas termasuklah Xpeng P7i di tempat ke-8, Nio ET7 di tempat ke-12, Polestar 2 di kedudukan ke-14 dan Audi Q4 e-tron di tempat ke-17.

EV ANTUTU

Pada masa yang sama, AnTuTu berkongsi keputusan ujian EV Xiaomi SU7 yang dilancarkan baru-baru ini, yang mempunyai cip Qualcomm Snapdragon 8295 yang sama dengan tiga EV teratas itu.

AnTuTu cip ranking
AnTuTu juga senaraikan ranking untuk cip pada EV
AnTuTu prestasi versi kereta

Ia digandingkan dengan 16GB RAM (12GB diperuntukkan untuk OS Android) dan storan 128GB. Oleh itu, sekali gus EV Xiaomi tersebut menerima skor 957,833 mata.

EV ANTUTU

Tidak seperti ujian penanda aras telefon pintar, pangkalan data AnTuTu untuk EV masih lagi sedikit memandangkan aplikasi mereka ini masih lagi baharu. Jadi, mungkin pada masa hadapan, ia dapat menawarkan data yang lebih terperinci apabila lebih banyak EV yang diuji.

Bagi yang tertanya-tanya, dengan kewujudan penanda aras AnTuTu ini sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran kepada pengguna bagaimana pengalaman dalam kenderaan tersebut.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Nak Telefon Ada Kamera Potret Cantik Tapi Harga Tak Keras, Ini Anda Cari
  • IKEA Akan Dibuka Dalam Roblox, Pekerja Akan Dibayar Sebanyak ~RM79/jam

Sumber: AnTuTu [1, 2]

Rujukan: notebookcheck

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY