Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
IKEA Akan Dibuka Dalam Roblox, Pekerja Akan Dibayar Sebanyak ~RM79/jam

IKEA Akan Dibuka Dalam Roblox, Pekerja Akan Dibayar Sebanyak ~RM79/jam

Diterbitkan Jun 5, 2024 · Dikemas kini Jun 5, 2024 oleh ariff bukhari

IKEA sedang membuka jawatan kosong menerusi program yang dipanggil sebagai ‘Permainan Rakan Sekerja'(‘The Co-Worker Game’) di dalam permainan Roblox yang akan dilancarkan pada 24 Jun 2024 nanti.

IKEA menyatakan, ia akan membolehkan pemain merasai pengalaman bekerja di alam maya IKEA di mana peminat IKEA akan dapat mewujudkan impian kelengkapan rumah mereka dan mendapat bayaran untuknya.

“Kami teruja untuk menjadi jenama pertama yang melancarkan kerja berbayar di Roblox untuk mempamerkan cara kami melakukan kerjaya secara berbeza, menghidupkan falsafah kerjaya kami yang unik. Di IKEA, tiada laluan yang ditetapkan untuk kemajuan kerjaya. Rakan sekerja kami dapat menukar peranan, menukar jabatan dan berkembang ke mana-mana arah yang mereka pilih, baik dalam permainan atau dunia nyata. Terdapat banyak cara untuk belajar dan berkembang di IKEA, dan itulah maksud IKEA di Roblox.”

Permohonan untuk jawatan berbayar dalam ‘The Co-worker Game‘ ini sudah pun dibuka mulai hari ini hingga Ahad, 16 Jun 2024.

Uniknya peluang ini adalah pemohon yang berjaya akan dapat meningkatkan kemahiran mereka, membantu pelanggan dan dinaikkan pangkat ke jabatan lebih tinggi, sama sepertimana bekerja dengan IKEA di dunia nyata.

IKEA Akan Dibuka Dalam Roblox, Pekerja Akan Dibayar Sebanyak ~RM79/jam

Temu bual maya untuk pemohon yang disenarai pendek akan berlangsung untuk peranan maya terpencil sepenuhnya ini antara Khamis, 14 dan Selasa, 18 Jun 2024.

Proses pengambilan termasuklah soal selidik dan memerlukan CV yang dikemas kini – video juga boleh diserahkan, dan jika berjaya, pemohon akan dijemput ke temu duga digital.

Calon juga perlu berumur lebih 18 tahun dan tinggal di UK atau Ireland.

Setiap pemohon yang berjaya akan dibayar mengikut kadar Rakan Kerja IKEA setiap jam untuk masa mereka dalam permainan (£13.15ph atau ~RM79/jam, kadar gaji setiap jam IKEA untuk rakan sekerja di London.)

IKEA di Roblox ini dibangunkan oleh The Gang, sebuah syarikat reka bentuk permainan dari Sweden.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Nak Telefon Ada Kamera Potret Cantik Tapi Harga Tak Keras, Ini Anda Cari

Sumber: IKEA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY