smart Malaysia telah berkolaborasi bersama Universiti Wollongong Malaysia dengan menganjurkan pertandingan video pendek yang disertai oleh para pelajar universiti itu.
Bertemakan kenderaan elektrik (EV) ‘Electrifying The Future’, pertandingan ini merupakan satu inisiatif untuk memupuk kerjasama para pelajar dan industri EV dengan menggabungkan pendidikan aliran STEAM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni, dan Matematik) dalam pembelajaran.
Para pelajar dari Universiti Wollongong Malaysia dijemput untuk mempamerkan bakat mereka dengan menghantar video kreatif mengenai topik “Apakah yang anda fikirkan apabila kenderaan elektrik menjadi satu norma dalam komuniti pada hari ini?”
Pada 31 Mei 2024, seramai lebih 100 orang para pelajar menghadiri taklimat yang dianjurkan oleh Universiti Wollongong Malaysia dan PRO-NET.
Pertandingan ini terbuka kepada semua Fakulti di UOW Malaysia.
Syarat pertandingan ini ialah; Para pelajar perlu membentuk satu kumpulan yang terdiri daripada 3 hingga 4 orang ahli. Setiap kumpulan dikehendaki menghantar video mereka yang berdurasi 2-3 minit dan penghantaran video selewat-lewatnya pada 7 Ogos 2024.
Penilaian dilakukan oleh dua orang wakil daripada setiap organisasi. Kriteria pemilihan pemenang adalah berdasarkan kreativiti, keaslian, relevan pada tema, penceritaan, dan kualiti video.
Setiap penyertaan akan dinilai bagi memastikan bahawa kumpulan yang memenangi pertandingan ini mengikuti tema ‘Electrifying The Future’ dan menunjukkan pandangan inovatif mereka terhadap fungsi kenderaan elektrik dalam membentuk mobiliti lestari.
Pertandingan ini bertujuan untuk mencari ‘content creator’ kreatif yang dapat menginterpretasikan penggunaan mobiliti lestari pada masa hadapan.
Pemenang hadiah tempat pertama pertandingan penghasilan video pendek ini akan menerima wang tunai sebanyak RM5,000 setiap kumpulan.
Tempat kedua akan menerima wang tunai sebanyak RM4,000, dan di tempat yang ketiga akan menerima wang tunai RM3,000.
Tambahan pula, Hadiah ‘Honourable Mention Prize’ akan menerima wang tunai sebanyak RM1,000 dan yang terakhir pemenang Hadiah ‘Most Likes and Shares’ akan menerima wang tunai RM1,000.
Tidak lupa juga, pemenang dan para pelajar dari Universiti Wollongong berpeluang untuk menyertai program Latihan Industri di smart Malaysia. Penyampaian Hadiah kepada para pemenang akan diumumkan pada 2 Oktober 2024 di Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah.
{suggest}
Sumber: Siaran media PRO-NET