Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Spotify Akan Berhentikan Sekitar 1,500 Pekerja

Spotify Umum Harga Langganan Naik Lagi Bermula Julai Ini

Diterbitkan Jun 5, 2024 · Dikemas kini Jun 5, 2024 oleh ariff bukhari

Spotify mengumumkan harga langganan perkhidmatan penstriman muzik mereka akan dinaikkan meliputi pelan Individual, Duo dan Family.

Bagi pelan Individual harga langganan dinaikkan sebanyak USD1, Duo USD2, Family USD3 menjadikan harga bagi semua pelan itu berharga USD11.99, USD16.99 dan USD19.99 setiap bulan.

Sementara harga langganan Spotify untuk Student pula masih dikekalkan.

Harga baru langganan Spotify ini akan bermula pada bulan Julai akan datang di mana hanya pelanggan di AS sahaja buat masa ini.

Screenshot 2024-06-05 at 10.30.38 AM

Spotify dalam kenyataannya menjelaskan, “Supaya kami boleh terus melabur dan berinovasi pada ciri produk kami dan memberikan pengalaman terbaik kepada pengguna, kami sekali-sekala mengemas kini harga kami.”

Walaupun hanya pelanggan Spotify di AS sahaja terkesan dengan harga baharu ini, tetapi tidak mustahil Spotify akan menaikkan harga langganan kepada pelanggannya di rantau lain, termasuklah Malaysia.

Ini kerana, kali terakhir Spotify menaikkan harga langganan untuk servis mereka adalah pada Julai 2023 lepas.

Tetapi tidak lama kemudian pada September 2023, harga langganan Spotify di Malaysia turut dinaikkan sebanyak RM1.00, menjadikan harga langganannya RM15.90/bulan (individu).

harga Pelan sPOTIFY malaysia
harga Pelan sPOTIFY malaysia
harga Pelan sPOTIFY malaysia
harga Pelan sPOTIFY malaysia
harga Pelan sPOTIFY malaysia

Berkaitan

  • Kesemua Pelan Spotify Di Malaysia Naik Harga, Termasuk Untuk Pelanggan Lama
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Nak Telefon Ada Kamera Potret Cantik Tapi Harga Tak Keras, Ini Anda Cari
  • Kadar fi LKM ZEV Bagi BYD Dolphin Premium Standard Akan Jadi RM120, Tesla Model Y Pula RM305 Sahaja

Sumber: Spotify

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY