Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pengarang: ariff bukhari

Pos Malaysia Mengesahkan Cubaan Serangan Penggodam Ke Atas Sistem Operasi Mereka

Laporan polis dan tindakan susulan telah diambil. Pada 21 Oktober lalu, Pos Malaysia memaklumkan bahawa mereka sedang mengalami masalah teknikal luar jangka hingga menyebabkan sistem dalam talian syarikat itu tergendala buat sementara waktu. Walaubagaimanapun, selepas siasatan terperinci dibuat, Pos Malaysia mengesahkan bahawa sistem operasi  mereka berdepan dengan serangan penggodam. Berikut adalah kenyataan rasmi yang dikeluarkan…

Pelayar Google Chrome Versi 78 Menawarkan Beberapa Ciri Terbaru

Juga penambah baikan terhadap ciri keselamatan dan pengaktifan mod gelap pada laman sesawang. Google telah melepaskan kemas kini terbaru pelayar Google Chrome versi 78 untuk para pengguna komputer. Dalam versi terbaru ini Google telah menambah baik beberapa ciri utama pelayar tersebut seperti ciri keselamatan dan ciri pengaktifan mod gelap terhadap laman sesawang. Sebelum ini, Google…

Kamera Terkecil Di Dunia Ini Sehalus Sebutir Pasir

Kamera tersebut hanya berukuran 0.65 x 0.65 x 1.158mm. Firma pembangun kamera digital berpangkalan di California, OmniVision Technologies Inc telah menghasilkan kamera yang hanya bersaiz 0.65 x 0.65 x 1.158mm. Sekaligus melayakkannya diisytihar sebagai kamera terkecil di dunia ketika ini oleh Rekod Dunia Guinness. Sensor kamera tersebut yang hanya bersaiz 0.575 mm x 0.575 mm x…

Razer Melancarkan Monitor “Gaming” 27 Inci, Razer Raptor

Monitor khusus untuk permainan komputer pertama dari Razer. Razer secara rasminya telah melancarkan sebuah lagi produk terbaru mereka khusus untuk para pemain tegar permainan komputer, iaitu monitor “gaming” Razer Raptor. Monitor bersaiz 27 inci ini merupakan monitor “gaming” pertama ditawarkan oleh Razer. Raptor menggunakan paparan IPS dengan kadar segar 144Hz serta rekaan bingkai yang nipis…

TikTok Mengharamkan Akaun Berkaitan Pengganas

Akaun berkaitan militan Daesh dan ISIS ditarik keluar dari Tik Tok. Pembangun aplikasi media sosial popular, TikTok mengharamkan akaun yang memuat naik video-video berbentik propaganda berkaitan dengan kumpulan militan seperti Daesh dan ISIS, selepas platform itu dijadikan tempat utnuk mempromosikan aktiviti militan tersebut Menurut seorang petugas di TikTok, setakat ini kira-kira 10 akaun Tik Tok…

Aplikasi Adobe Illustrator Pula Bakal Dibawa Ke iPad

Dijangka akan dilancarkan pada tahun hadapan. Berdasarkan kepada khabar angin terbaru sebelum bermulanya persidangan Max yang akan dihoskan Adobe nanti, firma pembangun perisian grafik terkenal itu dilaporkan akan membawa aplikasi grafik popular mereka, Illustrator ke peranti iPad. Aplikasi Illustrator untuk iPad itu dijangka akan diperkenalkan pada persidangan Max nanti yang akan berlangsung dalam bulan November…

  • Previous
  • 1
  • …
  • 1,179
  • 1,180
  • 1,181
  • 1,182
  • 1,183
  • 1,184
  • 1,185
  • …
  • 1,297
  • Next
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress