Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Masukkan Kod “Shortcut” Bagi Aplikasi Pada PC

Google Melanjutkan Lagi Tempoh Sokongan Pelayar Chrome Di Windows 7 Sehingga Tahun 2022

Diterbitkan November 23, 2020 · Dikemas kini November 23, 2020 oleh ariff bukhari

Seperti yang semua tahu, Microsoft telah pun menamatkan sepenuhnya sokongan sistem operasi Windows 7 pada 14 Januari 2020 lalu.

Susulan itu, para pembangun aplikasi pihak ketiga juga sudah mula menamatkan sokongan aplikasi mereka terhadap Windows 7 secara berperingkat sepanjang tahun ini.

Antaranya adalah pihak Google yang sebelum ini telah memaklumkan bahawa mereka hanya akan terus memberikan kemas kini pelayar Chrome mereka kepada pengguna Windows 7 sehingga Julai 2021.

Walaubagaimanapun, dalam pengumuman terbaru yang dibuat oleh Google, mereka memaklumkan bahawa mereka akan terus menyokong pelayar Chrome di platfom Windows 7 versi Enterprise sehingga 15 Januari 2022.

Tindakan tersebut dibuat selepas Google mendapati sebahagian besar pengguna mereka masih bergantung kepada sistem operasi komputer yang sudah lapuk itu.

Google Melanjutkan Lagi Tempoh Sokongan Pelayar Chrome Di Windows 7 Sehingga Tahun 2022
Sumber: Google Cloud

Google berharap dengan pelanjutan sokongan ini akan memberikan pengguna mereka lebih masa dalam proses organisasi menaik taraf sistem operasi komputer mereka kepada versi Windows terbaru.

Sumber: Google Cloud

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
©2026 WISER.MY