Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pasukan Penyelidik Diketuai Malaysia Hasilkan Platform Sehenti Covid-19, Terima Pengiktirafan WHO

Vaksin COVID-19 Dibangunkan Universiti Oxford Didakwa Sangat Efektif, Murah Dan Lebih Mudah Dikendalikan

Diterbitkan November 24, 2020 ยท Dikemas kini November 24, 2020 oleh ariff bukhari

Dalam perkembangan terbaru berkaitan penghasilan vaksin COVID-19, vaksin yang dibangunkan oleh penyelidik dari Universiti Oxford dilaporkan sangat efektif dalam menyekat seseorang daripada menerima simtom wabak tersebut.

Menurut penyelidik, keberkesanan vaksin yang dibangunkan mereka memberi kesan positif antara 70% hingga 90% ke atas 20,000 sukarelawan ujian mereka.

Penemuan vaksin ini berita baik kedua selepas hasil ujian vaksin yang dibangunkan oleh Pfizer dan Moderna dilaporkan berkesan sehingga 95%.

Cuma bagi vaksin yang dibangunkan Universiti Oxford ini didakwa adalah lebih murah dan mudah disimpan.

Ini kerana vaksin tersebut boleh disimpan dalam stor penyimpanan pada suhu biasa peti sejuk sahaja.

Jauh berbeza dengan vaksin dari Pfizer dan Moderna yang memerlukan stor penyimpanan khas yang memerlukan suhu di bawah takat beku antara -20 darjah selsius sehingga -70 darjah selsius.

Lebih mengkagumkan adalah vaksin tersebut berjaya dibangunkan hanya dalam tempoh 10 bulan sahaja.

Susulan kejayaan itu, Kerajaan UK dilaporkan telah membuat pra tempahan sebanyak 100 juta dos vaksin dari Universiti Oxford itu.

Sumber: BBC

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
©2026 WISER.MY