Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
u mobile

Tebus Data Percuma U Mobile Lebih Mudah Bermula 26 November Ini

Diterbitkan November 24, 2020 ยท Dikemas kini November 25, 2020 oleh ariff bukhari

Penyedia perkhidmatan telekomunikasi U Mobile memaklumkan, bermula 26 November 2020, pengguna mereka boleh mengaktifkan data percuma 1GB dengan lebih mudah.

U Mobile memaklumkan, pengaktifan data percuma itu ditawarkan kepada semua pengguna aktif U Mobile pasca bayar dan pra bayar.

Jadi bermula dari jam 6.00 pagi pada 26 November nanti, semua pengguna U Mobile hanya perlu menghantar mesej SMS ‘FREE1GB’ ke 28111 pada bila-bila waktu bagi menebus data percuma 1GB itu.

Data 1GB yang ditebus hanya sah selama 24 jam. Bagi kegunaan pada hari berikutnya, penebusan data percuma ini perlu dilakukan setiap hari.

Sebagai maklumat tambahan, data percuma itu tidak boleh digunakan untuk aktiviti media sosial, penstriman video, permainan dan penstriman muzik.

Sebaliknya data percuma 1GB itu hanya boleh digunakan untuk laman sesawang dan aplikasi produktiviti seperti melayari laman berita (The Star, Harian Metro), aplikasi MySejahtera dan lain-lain.

Sumber: U Mobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
©2026 WISER.MY