Penyedia perkhidmatan rangkaian telekomunikasi Celcom hari ini memaklumkan, telah berlakunya gangguan perkhidmatan ke atas pengguna yang berada di daerah Baling, Kedah akibat daripada insiden banjir di kawasan tersebut. Baling telah dilanda hujan yang sangat lebat sehingga berlakunya banjir di kawasan tersebut dalam beberapa hari ini. Berdasarkan kepada laporan berita dari Astro Awani, mangsa banjir di…
Pengarang: ariff bukhari
Inilah Teknologi Pengecas Kenderaan Elektrik Paling Berkuasa Di Dunia Ketika Ini
Sebuah syarikat dari Switzerland bernama ABB hari ini telah melancarkan teknologi pengecas kenderaan elektrik yang didakwa sebagai pengecas kenderaan elektrik paling berkuasa di dunia. Menurut ABB, pengecas mereka mampu membolehkan kenderaan elektrik bergerak sejauh 100km dengan hanya di cas selama 3 minit sahaja. Pengecas ABB ini juga mampu mengecas sehingga 4 buah kenderaan elektrik serentak….
Purata Kelajuan Jalur Lebar Mudah Alih Negara Meningkat Kepada 29.14Mbps
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini memaklumkan tahap liputan 4G di kawasan berpenduduk, setakat akhir Ogos 2021 sudah pun mencecah tahap 94% berbanding sebelum ini ketika permulaan pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) iaitu hanya pada tahap 91.8% sahaja pada September 2020 lalu. Perkembangan yang memberangsangkan ini hasil usaha pihak Kerajaan menerusi Kementerian Komunikasi…
Kenapa Anda Perlu ‘Check-out’ Selepas ‘Check-in’ Dalam Aplikasi MySejahtera?
Pada awal September lalu, aplikasi MySejahtera telah dimuatkan dengan satu lagi ciri baharu iaitu ‘Check-out’. Cuma berbeza dengan ‘Check-in‘, pengguna tidak akan di saman jika didapati butang ‘Check-out‘ tidak ditekan apabila beredar dari tempat yang sudah di daftar masuk mereka. Namun begitu, sejak pengenalan ciri ‘Check-in‘, pengguna mengeluh kerana ciri baru itu menyukarkan mereka kerana pengguna sering…
Prestasi Xiaomi 11T Pro Didakwa Akan Menjadi Perlahan Walaupun Peranti Tidak Terlampau Panas
Xiaomi telah pun mengumumkan secara rasminya telefon pintar terbaru mereka iaitu Xiaomi 11T dan Xiaomi 11T Pro seminggu yang lalu untuk pasaran Malaysia. Untuk model Xiaomi 11T Pro, telefon pintar ini dikuasakan oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 888 serta dilengkapi dengan 12GB RAM dan storan 256GB. Tetapi jika anda bercadang untuk memiliki peranti Xiaomi 11T…
TM Dan Astro Berkolaborasi Menyediakan Pengalaman Digital Berkualiti Tinggi
Telekom Malaysia Bhd (TM) dan MEASAT Broadcast Network Systems Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat milik penuh Astro Malaysia Holdings Bhd hari ini telah menjalinkan kerjasama untuk membawakan pengalaman digital berkualiti tinggi kepada rakyat Malaysia. Kerjasama ini juga merupakan usaha kedua-dua buah syarikat dalam menyokong Pelan Jalinan Digital Negara atau JENDELA. Menerusi kolaborasi ini, TM…
