Penduduk Di Daerah Baling Sedang Alami Gangguan Rangkaian Celcom

Penyedia perkhidmatan rangkaian telekomunikasi Celcom hari ini memaklumkan, telah berlakunya gangguan perkhidmatan ke atas pengguna yang berada di daerah Baling, Kedah akibat daripada insiden banjir di kawasan tersebut.

Baling telah dilanda hujan yang sangat lebat sehingga berlakunya banjir di kawasan tersebut dalam beberapa hari ini.

Berdasarkan kepada laporan berita dari Astro Awani, mangsa banjir di Baling juga semakin meningkat.

Celcom menyatakan, pengguna Celcom di daerah itu akan berdepan gangguan perkhidmatan suara, SMS dan data internet.

Selain Baling, semakan di laman Celcom juga mendapati servis Celcom di Penampang dan Kota Kinabalu juga masih belum pulih sehingga kini yang sudah berlarutan hampir 2 minggu.

Sama seperti Baling, Kedah, gangguan rangkaian Celcom di Penampang dan Kota Kinabalu berpunca daripada insiden banjir di daerah tersebut.

Selain itu, Celcom juga memaklumkan pihak mereka akan melakukan kerja-kerja penyelenggaraan rangkaian bermula dari jam 12.00 pagi sehingga 6.00 pagi pada 1 Oktober 2021 dengan melibatkan beberapa kawasan di seluruh negara yang tidak dinyatakan.

Sumber: Celcom

Berkaitan