Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi 11T Pro

Prestasi Xiaomi 11T Pro Didakwa Akan Menjadi Perlahan Walaupun Peranti Tidak Terlampau Panas

Diterbitkan September 29, 2021 oleh ariff bukhari

Xiaomi telah pun mengumumkan secara rasminya telefon pintar terbaru mereka iaitu Xiaomi 11T dan Xiaomi 11T Pro seminggu yang lalu untuk pasaran Malaysia.

Untuk model Xiaomi 11T Pro, telefon pintar ini dikuasakan oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 888 serta dilengkapi dengan 12GB RAM dan storan 256GB.

Tetapi jika anda bercadang untuk memiliki peranti Xiaomi 11T Pro, berita ini mungkin kurang menyenangkan.

Ini kerana terdapat laporan tentang prestasi Xiaomi 11T Pro yang didakwa akan menjadi perlahan walaupun suhu peranti itu tidaklah begitu panas ketika beroperasi.

Hasil ujian yang dijalankan oleh laman Anand Tech, mereka mendapati Xiaomi 11T Pro akan beroperasi pada kuasa sepenuhnya walau pada sebarang suhu.

Namun begitu pada tahap tertentu, Xiaomi 11T Pro akan memaparkan notifikasi amaran memberitahu peranti itu sudah terlampau panas.

Sekaligus menyebabkan kuasa pemprosesan peranti itu merudum.

Keadaan itu dihadapi pihak Anand Tech apabila ketika memainkan permainan online Genshin Impact.

Mereka dapati, Xiaomi 11T Pro tidak memberikan kuasa prestasi penuhnya walaupun suhu peranti itu sekadar mencecah sekitar 37 darjah selsius sahaja ketika memainkan permainan online itu.

Penguji itu mendakwa, pihak Xiaomi tidak telus tentang prestasi sebenar tanda aras peranti tersebut.

Keadaan itu menyebabkan pihak Anand Tech kecewa dan menyimpulkan tidak berbaloi untuk memaparkan tanda aras penuh yang dicapai Xiaomi 11T Pro di laman mereka.

Sumber: Anand Tech

Baca juga:

  • Xiaomi 11T Dan Xiaomi 11T Pro Rasmi Dilancarkan Di Malaysia, Berharga Dari RM1,699.00

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY