Rangkaian pengecas pantas Tesla Supercharger di Malaysia kini boleh digunakan oleh kenderaan elektrik (EV) daripada jenama lain. Walau bagaimanapun, akses ini buat masa ini hanya tersedia di beberapa lokasi terpilih di sekitar Lembah Klang. Memetik laporan paultan.org, setakat ini, terdapat empat lokasi Supercharger yang menyokong pengecasan untuk EV bukan Tesla iaitu di i-City Finance Avenue…
Pengarang: Amsyar Latif
Xiaomi 17 Ultra Selesaikan 3 Masalah Besar Kamera Telefon Pintar
Kamera telefon pintar semakin canggih saban tahun, namun masih terdapat beberapa masalah asas yang sering dihadapi pengguna. Antaranya termasuk had HDR yang terhad, ketepatan warna terutama pada zoom telefoto, serta zoom yang tidak konsisten akibat penggunaan teknik pemotongan imej (cropping). Melalui Xiaomi 17 Ultra, Xiaomi cuba menangani ketiga-tiga isu ini secara terus melalui pendekatan perkakasan…
Apple Studio Display Dan Apple Studio Display XDR Baharu Dilancar – Harga Bermula RM6,499
Apple mengumumkan barisan paparan baharu Studio Display yang direka khas untuk pengguna Mac, daripada pengguna biasa hingga profesional kreatif. Model baharu ini hadir dengan kamera 12MP Center Stage yang kini menyokong Desk View, sistem tiga mikrofon berkualiti studio serta enam pembesar suara dengan Spatial Audio. Studio Display menampilkan skrin 27 inci 5K Retina dengan kecerahan…
Apple M5 Pro & M5 Max Rasmi — Cip 18-Teras Dengan GPU 40-Teras Dan 4x Prestasi AI
Apple memperkenalkan cip baharu paling berkuasa untuk komputer riba profesional menerusi M5 Pro dan M5 Max, yang kini menggerakkan MacBook Pro generasi terkini. Dibina berasaskan seni bina baharu dikenali sebagai Fusion Architecture, kedua-dua cip ini menggabungkan dua die dalam satu system-on-a-chip (SoC) untuk prestasi dan kecekapan lebih tinggi. M5 Pro dan M5 Max hadir dengan…
Pokémon Winds And Waves Mungkin Ambil Inspirasi Asia Tenggara, Termasuk Malaysia
Permainan Pokémon generasi baharu yang dikenali sebagai Pokémon Winds and Waves dilaporkan akan menampilkan region yang diinspirasikan oleh kawasan Asia Tenggara. Menurut laporan oleh IGN, rantau dalam permainan tersebut mengambil inspirasi daripada beberapa negara di rantau ini termasuk Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei dan Timor‑Leste. Berdasarkan maklumat yang dikongsi, dunia permainan itu akan dibina berasaskan…
Huawei Perkenal Teknologi Mobile Transport 5G-A Baharu Untuk Persediaan 6G
Semasa acara MWC Barcelona 2026, Huawei mengumumkan peningkatan baharu kepada penyelesaian mobile transport mereka yang direka untuk menyokong evolusi rangkaian daripada 5G kepada 5G-Advanced (5G-A) dan seterusnya 6G. Penyelesaian generasi baharu ini memberi tumpuan kepada tiga nilai utama iaitu ultra-broadband hijau, kesedaran kesesakan rangkaian, dan autonomi rangkaian, bagi memenuhi keperluan perkhidmatan baharu seperti XR mudah…
