Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mahkamah China Larang Syarikat Pecat Pekerja Hanya Untuk Ganti Dengan AI

Mahkamah China Larang Syarikat Pecat Pekerja Hanya Untuk Ganti Dengan AI

Diterbitkan Mei 4, 2026 oleh Amsyar Latif

Sejak kebelakangan ini, kita sering mendengar syarikat-syarikat gergasi membuang pekerja mereka semata-mata untuk menjimatkan kos. Ini kerana kos kecerdasan buatan (AI) jauh lebih murah berbanding manusia.

Dalam satu keputusan penting, mahkamah di China memutuskan bahawa syarikat tidak boleh memecat pekerja semata-mata untuk menggantikan mereka dengan kecerdasan buatan (AI) yang lebih murah.

Keputusan itu dikeluarkan oleh Mahkamah Perantaraan Hangzhou (Hangzhou Intermediate People’s Court) baru-baru ini. Kes melibatkan seorang pekerja teknologi (nama samaran Zhou) yang ditawarkan penurunan pangkat dan potongan gaji sehingga 40% selepas kerjanya diambil alih oleh sistem AI.

Apabila pekerja itu menolak tawaran tersebut, syarikat terus memecatnya. Mahkamah mendapati tindakan syarikat itu tidak sah di bawah undang-undang buruh China.

Menurut mahkamah, penggunaan AI adalah keputusan perniagaan biasa dan bukan “perubahan objektif yang besar” yang boleh dijadikan alasan sah untuk memecat pekerja.

Syarikat juga tidak boleh sewenang-wenangnya mengurangkan gaji atau memecat pekerja hanya kerana mahu menjimatkan kos.

Syarikat tersebut kini diarah membayar pampasan kepada pekerja berkenaan.

Keputusan ini dilihat sebagai keputusan penting di China, yang sedang giat membangunkan teknologi AI sambil cuba menjaga kestabilan pasaran buruh.

Ia menunjukkan bahawa walaupun syarikat boleh menggunakan AI, mereka tidak boleh mengorbankan hak pekerja semata-mata untuk keuntungan.

Bloomberg melaporkan bahawa China sedang cuba mengimbangi antara dorongan teknologi AI dengan perlindungan pekerja bagi mengelakkan masalah sosial.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Huawei Lancar AI Lab Pertama Di Luar China Di TRX Kuala Lumpur
  • Kafe Dikendalikan AI Gemini Bernama "Mona" Tidak Kira Masa 'Ganggu' Pekerja Manusia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
  • Pelajar MRSM Perak Menang RM47,000 Hasil Inovasi Bantu OKU Cacat Penglihatan
  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
  • Foxconn Habiskan 1 Trilion Token Bagi Melatih AI FoxBrain Dalam 12 Hari
  • Cara Batalkan Sijil MyDigital ID
©2026 WISER.MY