Anthropic, syarikat di sebalik Claude, dilaporkan mencatat kerugian bersih sebanyak AS$80.7 bilion bagi separuh pertama 2026, menurut draf prospektus tawaran awam permulaan (IPO) yang disemak Reuters dan The Wall Street Journal (WSJ). Sebahagian besar kerugian itu, iaitu AS$72 bilion, datang daripada caj perakaunan. Caj tersebut mencerminkan kenaikan anggaran nilai bon boleh tukar yang berpotensi ditukar…
Pengarang: Amsyar Latif
Tonton Netflix Dan YouTube Di UK Mungkin Perlu Bayar Lesen TV £180 Setahun
Kerajaan United Kingdom (UK) sedang mempertimbangkan untuk mewajibkan lesen TV kepada pengguna perkhidmatan penstriman seperti Netflix, YouTube dan Disney+, termasuk mereka yang hanya menonton kandungan atas permintaan. Jika dilaksanakan, isi rumah yang menggunakan perkhidmatan tersebut mungkin perlu membayar lesen TV berharga £180 (sekitar RM982) setahun, selain bayaran langganan platform masing-masing. Menurut laporan The Independent, cadangan…
Xbox Generasi Baharu Dilapor Mungkin Berharga Sehingga AS$1,800
Konsol Xbox generasi seterusnya, yang dikenali sebagai Project Helix, dilaporkan mungkin dijual pada harga antara AS$1,200 hingga AS$1,800, dengan pelancaran disasarkan menjelang penghujung 2028. Menurut laporan Fortune, anggaran tersebut berdasarkan unjuran harga dalaman Microsoft bagi konsol baharunya. Bagaimanapun, harga berkenaan belum dimuktamadkan dan berpotensi menjadi lebih rendah sekiranya Microsoft memutuskan untuk menanggung sebahagian kos perkakasan….
DJI Osmo Pocket 4P Pearl White Kini Dijual Di Malaysia, Harga RM2,419
DJI mengumumkan ketersediaan Osmo Pocket 4P edisi Pearl White di Malaysia mulai 21 Oktober 2026. Ia ditawarkan dalam satu konfigurasi, iaitu Standard Combo pada harga RM2,419. Pilihan warna baharu ini tidak mengubah perkakasan asas Osmo Pocket 4P. Menurut DJI, kemasan Pearl White menggunakan pigmen berkilau yang mengandungi mika serta salutan semburan berbilang lapisan, yang menghasilkan…
Empat Ejen AI Gemini Berjaya Tamatkan Minecraft Selepas Mati 605 Kali
Sekumpulan empat ejen kecerdasan buatan (AI) berasaskan Google Gemini 4 Argon berjaya menamatkan jalan cerita utama Minecraft dengan mengalahkan Ender Dragon, selepas bermain selama 27 jam 14 minit dan mengalami 605 kematian. Pencapaian itu didedahkan menerusi kertas penyelidikan yang diterbitkan pada 15 Oktober 2026, menunjukkan bagaimana beberapa ejen AI boleh bekerjasama untuk menyelesaikan tugasan kompleks…
Had Money+ Kini Naik Ke RM30,000, Tawar Pulangan Sehingga 5% Setahun
ShopeePay mengumumkan peningkatan had pegangan Money+ daripada RM20,000 kepada RM30,000, membolehkan pengguna menyimpan lebih banyak dana dalam platform pelaburan tersebut sambil berpotensi menikmati pulangan harian. Menurut ShopeePay, peningkatan had sebanyak 50% itu diberikan kepada pengguna Money+ tanpa caj tambahan, sekali gus menawarkan lebih fleksibiliti untuk mengurus dana, membuat pembayaran dan menjalankan transaksi melalui aplikasi Shopee…
