Huawei dan pengeluar kereta Chery telah melancarkan kenderaan elektrik baharu mereka, Luxeed R7, yang memfokuskan teknologi termaju daripada Huawei. Kenderaan ini dibina berasaskan platform Tuling yang direka oleh Huawei, lengkap dengan sistem suspensi canggih serta teknologi redaman boleh ubah secara automatik untuk keselesaan maksimum. Ciri utama Luxeed R7 adalah teknologi “Intelligent Silent EREV” daripada Huawei…
Pengarang: Amsyar Latif
Penyelidik China Berjaya Hasilkan Memori Flash Terpantas Di Dunia
Pasukan penyelidik dari Universiti Fudan, China, berjaya mencapai kejayaan besar dalam bidang cip memori dengan menghasilkan teknologi storan flash terpantas dunia yang diberi nama “PoX”. Teknologi ini berupaya mencapai kelajuan baca dan tulis data kurang daripada 1 nanosaat (sekitar 400 pikosaat), bersamaan 2.5 bilion operasi sesaat. Selama ini, kelajuan storan merupakan cabaran terbesar dalam dunia…
Beijing Jadi Pentas China Uji Ketahanan Robot Humanoid Dalam Separuh Maraton
Puluhan robot humanoid menyertai separuh maraton pertama dunia yang khusus untuk robot, diadakan secara meriah di Beijing, China. Acara unik ini melibatkan sekitar 20 pasukan dari seluruh negara yang mempertaruhkan robot ciptaan masing-masing, sebagai sebahagian daripada usaha China untuk memperlihatkan keupayaannya dalam bidang teknologi robotik dan kecerdasan buatan yang semakin maju. Perlumbaan sejauh 21 kilometer…
Pengalaman Guna iPad Lepas Ini Mungkin Mirip MacBook
Kita tahu salah satu slogan atau taktik pemasaran Apple pada produk iPad adalah “Your next computer is not a computer,” di mana mereka seolah-olah cuba “meracun” pengguna bahawa iPad mampu menggantikan komputer. Namun, saya sendiri sebagai pengguna iPad Pro tidak begitu setuju dengan kenyataan tersebut. Ini kerana iPadOS sendiri masih terasa kurang memuaskan untuk digunakan…
OpenAI Akan “Tamatkan” GPT-4, Era GPT-4o Di ChatGPT Bermula
OpenAI mengumumkan akan menghentikan penggunaan model kecerdasan buatan GPT-4 dalam platform ChatGPT mulai 30 April 2025, selepas lebih dua tahun dilancarkan. Sebagai gantinya, GPT-4o—model AI terkini yang lebih canggih—akan menjadi pengganti penuh GPT-4 di ChatGPT. Menurut OpenAI, GPT-4o memiliki kemampuan multimodal yang lebih mantap, mampu memahami teks dan imej dengan lebih baik. Berdasarkan penilaian mereka,…
EU Tidak Akan Kompromi, Pertimbang Tarif Baharu Terhadap Syarikat Teknologi AS
Kesatuan Eropah (EU), menerusi Presidennya Ursula von der Leyen, sedang mempertimbangkan langkah tegas termasuk mengenakan cukai atau tarif terhadap syarikat teknologi Amerika Syarikat (AS) seperti Meta (Facebook) dan Google jika rundingan dengan pentadbiran Donald Trump gagal menamatkan perang tarif antara kedua-dua pihak. Langkah ini muncul selepas Trump mengenakan tarif tambahan sebanyak 20% ke atas keluli…
