Media sosial adalah cara baharu manusia moden berkomunikasi. Akan tetapi, kerana cara komunikasi kini semakin mudah, ia juga telah menyusahkan kita kerana orang yang tidak dikenali juga kini boleh menghantar mesej. Bagaimana jika anda tidak mempunyai ‘mood’ untuk bersosial tapi pada masa sama tidak mahu mengguris rakan anda dengan ‘Seen’? Perasaan curiga ini diselesaikan dengan…
Pengarang: Aminuddin Ahmad
Apple Sedang Uji iPhone Boleh Lipat, Mungkin Dilancar Tahun Depan Dengan Ramalan Harga ~RM6300
Arena peranti boleh lipat kini semakin meriah selepas penampilan siri Samsung Galaxy Z Flip dan Fold. Hampir kesemua pengeluar telefon pintar dari China juga sudah melancarkan telefon boleh lipat masing-masing dan yang terbaru, Huawei P50 Pocket. Tidak mahu ketinggalan, Apple juga telah mula mengintai segmen ini dan membangunkan beberapa buah prototaip iPhone boleh lipat, lapor…
Cip Surge P1 Ciptaan Xiaomi Mampu Benarkan Bateri 4600mAh Dicas Dalam 18 Minit
Xiaomi 12 Pro yang dilancarkan di China minggu lalu menyaksikannya sebagai telefon pertama yang menggunakan cip Surge P1. Cip daripada Xiaomi ini bukanlah bertujuan menggantikan cip pemproses utama daripada Snapdragon, MediaTek atau sebagainya namun ia dibangunkan untuk meningkatkan prestasi pengecasan. Surge P1 adalah cip ketiga dari siri ini manakala Surge C1 yang kedua dan Surge…
Terlalu ‘Power’, 90% Pengguna Xiaomi 12 Pro Pilih Balanced Mode Berbanding Extreme Mode
Xiaomi 12 Pro adalah peranti dengan spesifikasi tertinggi dalam barisan telefon andalan Xiaomi tahun ini, siri Xiaomi 12. Melalui Xiaomi 12, Xiaomi menyediakan tiga mod untuk telefon mereka iaitu Balanced, Performance dan yang tertinggi, Extreme. Mod Balanced sesuai untuk penggunaan harian biasa seperti melayari laman web, media sosial dan seumpamanya. Mod Performance pula sesuai untuk…
Pertama Kali Di Malaysia, Apple Beri Airpods Percuma Bila Beli Mac/iPad
Untuk Higher Education Offer 2022, Apple menawarkan Airpods generasi kedua secara percuma untuk setiap pembelian iPad Air, iPad Pro, iMac, Mac mini, Mac Pro, MacBook Pro dan MacBook Air bagi pelajar kolej atau universiti, guru, pensyarah dan kakitangan institusi pendidikan. Tawaran ini bermula hari ini, 6 Januari sehingga 7 Mac 2022 di cawangan Apple Store…
Github Buang Aplikasi Kontroversi Lelong Wanita Muslim Di India
Sebuah aplikasi yang bernama Bulli Bai didapati melelong wanita beragama Islam di India dengan memuat naik gambar mereka tanpa kebenaran. Frasa “Bulli Bai” ini mengandungi kata-kata kesat yang bermaksud “zakar” dan “bibik” di sesetengah bahagian India. Ia terma yang digunakan untuk mengaibkan wanita beragama Islam di sana. Pemenang anugerah Nobel yang berasal dari Pakistan, Malala…
