vivo Malaysia melancarkan Fans Fiesta selama sebulan bermula 1 Jun hingga 30 Jun 2022 yang disertai pelbagai lagi jenama lain seperti Black Whale, Cuion, GravaStar, Hairover, Hisense, Khind, Limitless, Logitech, Philips, Third Eye dan Vanilla Crepe. Bagi pelanggan yang membeli vivo X80 atau X80 Pro dari pengedar sah, mereka layak menerima baucar bernilai sehingga RM1,060….
Pengarang: Aminuddin Ahmad
Tab Dalam File Explorer? Windows Kini Lepaskannya Dalam Insider Terbaharu
Microsoft beberapa jam lalu sudah melepaskan kemas kini terbaharu untuk saluran pembangun iaitu Windows 11 Insider Preview Build 25136. Ini sangat memudahkan pengguna untuk membuka banyak folder dalam satu masa, satu tetingkap. Selain itu, panel navigasi sebelah kiri pun ada sedikit perubahan susunan. Misalnya, folder Windows yang secara lalai disenarai kini tidak lagi dipaparkan di…
Grab Hadir Dengan Sistem Pemetaan Sendiri, Sedia Digunakan Secara Komersial
Grab hari ini melancarkan sebuah lagi perkhidmatan iaitu GrabMaps. Ia merupakan sistem pemetaan dibina mereka sendiri dan akan tersedia secara komersial untuk kegunaan syarikat lain. Semua perkhidmatan Grab akan menggunakan sepenuhnya sistem peta mereka sendiri dan dijangka dilaksana seawal September 2022. Hari ini, ia sudah digunakan di 7 daripada 8 negara Asia Tenggara termasuk Malaysia….
Belum Cukup 6 Bulan Dilancar Ke Angkasa, Teleskop Terbesar Dunia Dilanggar Meteoroid
Teleskop Angkasa James Webb dilancarkan ke luar Bumi pada 25 Disember tahun lalu. Ia merupakan teleskop terbesar dan paling berkuasa pernah dicipta setakat ini dengan masa diambil untuk membangunkannya ialah 30 tahun dan menelam belanja sebanyak RM43 bilion. NASA semalam mengeluarkan kenyataan bahawa Teleskop Angkasa James Webb telah berlanggar dengan meteroid kecil (micrometeroid), dipercayai berlaku…
Microsoft Dilapor Minta Pengeluar ‘Buang’ HDD Tapi Ditentang
Trendfocus mendedahkan bahawa pengeluar peralatan asli (OEM) telah diminta Microsoft untuk menggantikan HDD dengan SSD sebagai storan utama untuk peranti Windos 11, lapor Tom’s Hardware. Bukan itu saja, peralihan ini dikatakan sudah ditetapkan akan dilaksanakan bermula 2023. Waktu ini, syarat minium untuk Windows 11 ialah storan kosong sekurang-kurangnya 64GB tanpa mengira jenis storan (HDD atau…
Black Shark Turut Lancarkan Aksesori ‘Gaming’ Termasuk TWS
Dalam acara pelancaran siri telefon Black Shark 5 semalam, syarikat tersebut tidak ketinggalan melancarkan juga beberapa aksesori gaming seperti papan kekunci, earbuds dan pad tetikus. Papan kekunci mekanikal Sixgill K1 ialah daripada jenis tenkeyless (TKL) dengan turut dilengkapi pencahyaan RGB, rakaman makro, fungsi kustomasi dan lain-lain yang boleh ditetapkan melalui perisian. Sixgill K2 pula hadir dengan…
