Black Shark Turut Lancarkan Aksesori 'Gaming' Termasuk TWS

Dalam acara pelancaran siri telefon Black Shark 5 semalam, syarikat tersebut tidak ketinggalan melancarkan juga beberapa aksesori gaming seperti papan kekunci, earbuds dan pad tetikus.

Papan kekunci mekanikal Sixgill K1 ialah daripada jenis tenkeyless (TKL) dengan turut dilengkapi pencahyaan RGB, rakaman makro, fungsi kustomasi dan lain-lain yang boleh ditetapkan melalui perisian.

Sixgill K2 pula hadir dengan saiz penuh dan menggunakan suis biru yang mempunyai travel distance 2mm.

Kedua-dua papan kekunci ini hadir dengan RGB 12 paten, 3 mod pencahayaan sisi dan mempunyai panel aluminium.



TWS Lucifer T6 menyokong Bluetooth 5.2 untuk sokongan kadar kependaman serendah 35mm. Selain itu, ia juga hadir dengan pembatalan hingar dwimikrofon dan pelindungan IPX5. Ia dapat bertahan 6.5 jam tanpa case.

Lucifer T10 pula datang dengan dua mod iaitu biasa dan kependaman rendah (45ms). Ia mampu bertahan sehingga 6 jam tanpa case.
Beli Lucifer T6 di Shopee - https://invol.co/clb46wi

Beli Lucifer T10 di Shopee - https://invol.co/clb46wa

Mousepad Manta P2 mempunyai ketebalan 4mm dan berukuran 800mm x 300mm. Manta P3 pula datang dengan dimensi lebih besar iaitu 900mm x 400mm. Kedua-duanya diperbuat daripada getah asli dan diperakui RoHS.

Manta P6 dan P7 pula bawa kualiti dan ciri yang sama dengan P2 serta P3 namun RGB padanya tampil dengan 11 kesan. P6 berukuran 800mm x 300 dan P7 pula 900mm x 400mm.

Kesemuapad tetikus ini akan hadir ke pasaran tidak lama lagi.

Baca juga: