Elon Musk secara berperingkat telah memulakan peralihan penjenamaan, daripada Twitter ke X. Beberapa hari lepas, logo Twitter sudah pun diganti dengan logo X untuk versi web. Sekarang, X secara rasmi gantikan jenama Twitter pada peranti Android pula. Anda boleh buka Google Play Store dan cari “Twitter”, Play Store akan menyenaraikan X dan akan tidak akan…
Pengarang: Aminuddin Ahmad
Xiaomi Mix Fold 3 Dengan Kamera Leica Akan Dilancarkan Pada Ogos
Xiaomi melalui Weibo telah mengesahkan bahawa Xiaomi Mix Fold 3 akan dilancarkan pada bulan Ogos ini lantas memeriahkan lagi pasaran peranti lipat hari ini. Namun, seperti sebelum ini juga, ia berkemungkinan besar hanya tersedia secara rasmi untuk pasaran China sahaja. Menariknya, peranti lipat itu akan tampil dengan kamera hasil kerjasama bersama Leica. Ia akan tampil…
Samsung Galaxy Watch6 Serendah RM1,099, Model Classic Dengan Bezel Boleh Diputar
Samsung hari ini melancarkan siri jam tangan pintar terbaru mereka iaitu Galaxy Watch6. Dua model tersedia ialah Classic dan standard. Saiz Watch6 tersedia dalam 40mm dan 44mm manakala Watch6 Classic pula 43mm dan 47mm. Ia dikuasakan Exynos W930 dengan RAM 2GB dan storan sebesar 16GB. Ia menjalankan sistem operasi Wear OS 4 dan antara muka…
Siri Tablet Galaxy Tab S9 Hadir Dengan 3 Model Bermula RM3,699
Dalam acara Unpacked tadi, siri tablet baharu turut dilancarkan Samsung iaitu Galaxy Tab S9. Ia datang dengan 3 model iaitu Tab S9, S9+ dan S9 Ultra. Kesemuanya hadir dengan pilihan selular (4G/5G), sokong Wi-Fi 6E, jalankan One UI 5.1.1. (Android 13), datang dengan 4 pembesar suara Dolby Atmos dan ditala AKG. {suggest} Bagi keselamatan, pengimbas…
Menara CelcomDigi Dijual Untuk RM450 Juta
Sentral REIT telah menandatangani perjanjian untuk membeli bangunan yang dikenali sebagai Menara CelcomDigi di Petaling Jaya dengan harga RM450 juta daripada Puncak Wangi Sdn Bhd (PWSB). Terdahulu, ia dikenali sebagai Menara Celcom. Menara itu mempunyai 27 tingkat dengan 6 tingkat podium dan 3 tingkat tempat letak kereta. PWSB ialah anak syarikat penuh milik Malaysian Resources…
BigPay Hadir Dengan Rekaan Baharu, Kini Sedia Dimuat Turun
BigPay untuk Android dan iOS hari ini tampil dengan rekaan antara muka yang baharu. Anda boleh kemas kini ke versi terkini dan tekan “Switch to new design” dalam aplikasi. Jangan risau, anda boleh kembali ke rekaan lama kalau tidak selesa dengan versi baru ini. Warna biru masih kekal mendominasi keseluruhan aplikasi. Mereka juga menggunakan font…
